Sunday, December 9, 2012

SAMSUNG GALAXY S III : smartphone idamanku!

pada pandangan dan persepsi pertamaku pada SIII ni, x pernah terfikir pun untuk aku jatuh cinta pada SIII ni, betul lah apa orang cakap, x kenal maka x cinta, huhuhu.... sebelum tu, aku nak citer kenapa aku x tertarik dengan Siii pada pandangan pertamaku, pertama adalah mestilah pada faktor harga, mahal gilerr tu... harga dia mak aii... bleh beli motor second... kedua adalah design dia... sebab enpon sekarang ni trend yg petak2, tp Siii ni terlalu bulat, cam ayu lah plok, x sesuai untuk diri aku yg macho ni, hehehe,, ketiga sebab aku dah de smartphnone android yang paling banyak berjasa untuk aku... Samsung Galaxy Wonder... tapi betul lah orang cakap, kehendak kite tak pernah mencukupi....

Tapi bila dah pernah pegang SIII, mula lah aku jatuh cinta pada pandangan kedua... huhuhu apa sebabnya? sebabnya mestilah kerana spesifikasi smartphone ni yang berkuasa iaitu ia menggunakan pemproses Quad Core 1.4ghz, aduh.... main game 3D confirm x lag ni..... selain itu, camera dia..... aduh.... mmg x yah pakai camera digital lah lepas ni.... kamera belakang 8MP dan depan 1.9Mp. camera dia aku dah pernah test... memang terbaiklah... tahukah anda, kamera depan tu bleh wat video call 3G tau...tu lah kelebihan samsung berbanding smartphone lain yang HANYA menggunakan camera depan untuk menjalankan panggilan video internet seperti skype.
Selain tu, SIII ni ringan tau berbanding Note, berat dia hanya 136g je sesuai lah tuk letak dalam poket ke, lebih2 lagi tuk lelaki....

Apa yang sangat3 buat aku tertarik kat phone ni berbanding dengan Galaxy Wonder aku dulu adalah LED Notification kat depan.... sape2 yang pernah pakai BB tau lah apalah kepentingan LED Notification, walaupun function yg simple, tapi cukup2 berguna untuk pengguna smartphone cam aku ni....

kesimpulannya, smartphone ni adalah yag paling terbaik dan berbaloi untuk dimiliki.... aku dah malas nak citer panjang, dan kat atas tu aku bagi satu link youtube review tentang Galaxy Siii dalam Bahasa Melayu, ko orang tgk lah kuasa yg ada pada Siii ni.

Thursday, September 6, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA, MARI KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.r.b,

Pada 16 September ini, kita akan menyambut Hari Malaysia, dekat sini, aku nak cerita sket mengenai penubuhan Malaysia. Pada pandangan aku, sejarah penubuhan Malaysia amat menarik untuk kita hayati.

:: DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA ::

Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar; Eropah dan Asia, namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.


§ Ternyata, kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan, melalui rundingan meja bulat tidak seperti negara jajahan lain.

§ Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka. Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukkan Malaysia kemudiannya.

§ Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk. Selain itu pelbagai lagi rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik, sosial dan ekonomi.
 
:: USUL PENYATUAN NEGERI-NEGERI ::
§ Idea penyatuan negeri-negeri di serantau Malaya telah timbul berkali-kali dalam sejarah. Keinginan itu telah timbul sejak pemerintahan British.

§ Paling awal gagasan penyatuan ini dapat dilihat dari cadangan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

§ Kemudian, paling serius pada tahun 1932, British berjaya menguasai 9 buah negeri serta Sarawak dan Borneo British. Rasionalnya, ini akan memudahkan pentadbiran tanah jajahan mereka.

§ Pada tahun 1955, David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Malaya yang juga disuarakan oleh Ghazali Shafie [1954], Tan Cheng Lock [1955]. Dan, pada tahun 1959 Lee Kwan Yew mencadangkan usul penggabungan Singapura dan Malaya. Akhirnya, cadangan yang konkrit datang dari Tunku Abdul Rahman, dalam persidangan UMNO 1955. Tunku menyatakan kesediannya untuk menerima Singapura, Serawak, Brunei dan Borneo Utara British.

§ Namun, cadangan ini menimbulkan reaksi sokongan ataupun tentangan dari pelbagai pihak.

:: STATUS POLITIK NEGERI-NEGERI DALAM USUL ::
Lima buah negeri yang bercadang untuk bergabung ialah
1. Brunei
2. Borneo Utara British [Sabah ]
3. Sarawak
4. Singapura
5. Persekutuan Tanah Melayu

§ Selama hampir 2 tahun, usaha terhadap rundingan penggabungan ini yang menempuhi cabaran, rintangan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan pemimpin malah di peringkat rakyat.

§ Di antara 5 negeri-negeri itu, hanyalah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas merdeka. Singapura pada ketika itu statusnya masih berstatus koloni, sementara Sarawak, Borneo Utara dan Brunei masih dalam naungan penjajahan British.

§ Jadi 4 buah negeri itu belum merdeka, dan kemasukkannya ke dalam Malaysia membolehkan negeri-negeri itu mendapatkan kebebasan dari kuasa kerajaan British.

§ Perkara ‘ bebas melalui percantuman‘ ini menjadi satu faktor umum yang dianggap pendorong negeri-negeri bakal anggota itu menyertai Malaysia.

:: DORONGAN UNTUK PENUBUHAN MALAYSIA ::

§ ‘Bebas melalui percantuman’ inilah yang menjadi pendorong bagi semua negeri untuk merdeka. Hal ini telah disebut berkali-kali oleh beberapa pihak di Britain dan pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara.

§ Tunku sendiri kerap menekankan peluang kemerdekaan dan bukan soal pengembangan wilayah bagi kepentingan Kuala Lumpur.

§ Di Singapura, Singapore People’s Alliance berkata bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan dalam Malaysia.

§ Tunku juga sanggup bersabar dengan perihal politik dalaman Singapura, dan menyelesaikan masalah-masalah dalaman tersebut.

§ Tunku menolak sebarang fahaman berunsurkan komunisme, dan mahukan Singapura benar-benar sanggup bersikap Malaysian.

§ Satu sebab dorongan penubuhan Malaysia ialah untuk memupuk persefahaman serantau, dan melahirkan satu bangsa yang kaya warisan kebudayaannya. Dengan ini ia akan membentuk identiti yang tersendiri.

§ Kerana itulah, Tunku menekankan Malaysia dalam lingkungan kelima-lima buah negeri bukan mendahulukan kepentingan Singapura.

§ Satu sebab lagi ialah mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan serantau. Pengekalan majoriti penduduk berketurunan Melayu dan sukukaum pribumi dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

§ Faktor yang lain ialah mengenai soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik serantau. Pada ketika itu pengaruh Komunis kian menular. Inggeris berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat membendung rebakan semangat komunisme di Singapura, Serawak dan Brunei.

§ Kebimbangan ini sangat dirasai oleh British kerana kepentingan pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka di timur.

§Faktor ekonomi juga menjadi pendorong penubuhan Malaysia. Ringkasnya, Singapura dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongannya, Brunei dengan hasil minyaknya, Sabah dan Serawak dengan hasil hutan sementara Malaysia dengan hasil galian dan pertaniannya.

RINGKASAN NOTA
POLITIK
Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah
Membanteras ancaman komunis, lalu mengekalkan keamnan dan kestabilan politik
Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan

EKONOMI

Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota
Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik [ ancaman komunis ]

SOSIAL

Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya
 
:: REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA ::
Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala mengelirukan.

1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.

2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.

3. Sabah dan Serawak
Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada ‘Malayan domination’. Orang-orang bukan Melayu khususnya, takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.

4. Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]

5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.
Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.

:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::
Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada itu, Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.

Pada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai ialah Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan bertanggungjawab atas soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.

Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London. Antara perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain tentang usul mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1 Ogos 1962

Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota lain [ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Malaysia tanpa Brunei
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.

Malaysia dan tentangan luar
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.
Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan Malaysia yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.

Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ . Penubuhan Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan Sabah dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk mengintip.

Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno berjaya digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai dan ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.

:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::
Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2 tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau Cina Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara menyeluruh.

Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965 Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.

:: KONKLUSI ::
Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-tahap yang lama seperti ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak untuk difahami.

Peristiwa – peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Rujukan:
1. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
2. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid, 1996. Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia, [Edisi Baru], Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Noordin Sopiee, 1974, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

terima kasih kepada blog : http://zanas.wordpress.com

Friday, August 3, 2012

Kad Raya semakin dilupakan, Teknologi moden akan menghapuskan tradisi kad Raya?


Sungguh tenang berada di kampung halaman, hari ni 4 Ogos 2012, Alhamdulillah dah 15 hari kite berpuasa, di bulan Ramadhan ni kalo kite masih ingat kenangan lalu, zaman persekolahan (sesape yg lahir sekitar tahun aku lahir ) akan ingat lah, di akhir2 Ramadhan mesti banyak KAD RAYA ko orang dapat kan? Huhuhuhu….. masa ni mmg syok sangat, bila abg posmen antar surat, mesti terkejar2 nak tgk kad raya sape,,,, huhuhu….
Sekarang zaman kad raya semakin menghilang kerana dengan kecanggihan teknologi kini. Sekarang ni orang main SMS dan yang terbaru BBM dan Whatsapp jew,,,, maklum ler semakin canggih teknologi semakin senang kan?
Tapi bagi aku, amalan menghantar kad raya seharusnya dikekalkan walaupun semakin ditelan dengan kecanggihan dengan teknologi kini kerana Kad Raya merupakan simbol keikhlasan seseorang malah ianya memberikan mood raya tu lebih bermakna. Jika kad raya ni mungkin x kan hilang dan menjadi kisah klasik untuk masa depan (Amboi…. Cam tagline blog aku plak…. Hahahaha)…. Betul ler apa yang aku cakap, kalo SMS, BBM atau whatsapp ke mmg ko orang takkan save lama punya lah…. Dah full inbox ko orang akan delete jugak, tapi kalo kad raya, ia tetap akan menjadi kenangan……. Seperti gambar2 yg aku post ni, semua dari sahabat2 baik, banyak lagi kad raya yg ada, namun tak mampu lah aku nak post semua….. 
Mungkin kad raya akan menjadi sesuatu yang klasik untuk generasi yang akan datang??? begitu juga pada zaman cintan2 di alam zaman persekolahan, time zaman aku owg bercinta main pas2 surat je,,,, zaman kini, macam2 teknologi ada, selain sms, bbm dan whatsapp.... facebook menjadi trend remaja zaman kini (menjadi satu medium untuk mencari jodoh juga) buat remaja2 sekarang.
Ok lah, aku dah xder pape nak membebel lagi….. pape pun jalani bulan ramadhan anda dengan sesuatu yang berfaedah dan sama-samalah kite kumpul pahala dengan melakukan amal ibadah. Semoga ramadhan tahun ni member banyak makna kepada ko orang semua….. amin…..
Assalamualaikum w.r.b

Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN KEMBALI LAGI..... SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KAWAN2 :)
Esok dah nak masuk bulan ramadhan, alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa, moga puasa tahun memberi lebih makna dan keberkatan.. nak citer pengalaman berpuasa ni mmg banyak..... tapi menyambut kedatangan puasa di perantauan adalah amat menyedihkan..... lebih2 lagi duk umah plak sesorg, berbuka puasa plak sesorg.... bersahur pun sesorg.... Sekejap masa berlalu kan.... macam x cayer plak esok dah puasa...
apabila tiba bulan ramadhan, semua orang berduyun2 ke bazar ramadhan kan, nak wat camna, puasa setahun sekali je, so ramai lah yang ambik peluang tuk mencuba pelbagai kuih muih. Apabila ke bazar ramadhan, jangan lah kite terlalu mengikut hawa nafsu kerana mungkin akan berlaku pembaziran. Faktor kebersihan juga merupakan faktor utama, apabila ke bazar ramadhan tu, kalo nak beli makanan, tengok lah makanan tu sama ada tertutup atau x, kalo yang terdedah tu, x payah lah beli, tgk lah kat gerai lain yang lebih bersih lagi.. tapi kalo gerai lain pun sama... masak sendiri lagi bagus :), kalo air minuman yang dijual kat bazar ramadhan ni jarang sekali aku beli kerana tahap kebersihannya yang kurang baik.
 k lah, tak tau apa lagi nak melalut, nanti aku sambung lagi k... bye... bye... bye...

Friday, May 25, 2012

masih di opiz....

salam.... sekarang jam 1:50am, 26.05.12 masih lagi di opis, huhuhu kuat benar aku bekerja... nak wat camna, minggu yang bz... dew audit lah, apa lah..... serabut... dalam serabut2 pun sempat lagi jenguk2 blog aku ni... takder apa sangat aku nak citer....cuma aku nak post pic meja aku yang bersepah ni.... :)
sorry lah, gambar x cantik.... coz guna phone BB jew...... k lah... malas nak taip pew dah..... moga hari esok lebih baik.... peace.... :)

Saturday, May 19, 2012

mai kite pakat bersih.....

huhuhu..... lama betul x update blog ni.... maklum ler bz memanjang jew skrg ni... berbalik kepada tajuk kat atas tu... bersih? nak bersih apa eh.... bersih rumah? bersih pakaian? bersih bilik? pape jew lah yang patut dibersihkan.... apa yang aku maksudkan ni sebenarnya adalah Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah diadakan baru-baru ini... apa yang terjadi? aku no komen.... yang menjadi lawaknya adalah, kawan-kawan pun bleh jadi musuh apabila berlakunya perbezaan ideologi.... setiap owg mempunyai pendapat masing-masing, tak perlu lah kite obses dengan sesuatu yang merugikan kite... erm banyak kawan2 aku yang post pelbagai comment dlm FB, ada yang menyokong, ada yang membangkang, ada juga yang mengutuk dengan kata-kata kesat... bagi aku, kite kenalah meghormati pendapat masing2.. sebagai rakyat malaysia, kite berhak membuat pilihan, negara kite mengamalkan sistem demokrasi yang tidak pernah menyekat hak rakyat. x kan dengan perkara2 camni pun kite nak bergaduh....
Apa yang baiknya bagi aku BERSIH ni ada nilai-nilai harmoni yang dapat kite lihat masih perhimpunan ni? mesti ko owg pikir nilai harmoni pe kebenda dengan rusuhan pelbagai... erm maksud aku, cuba kite lihat, Perpaduan antara KAUM diantara Melayu, Cina, India dan lain2 kaum bersatu, duduk bersama untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Sekarang, susah kite nak lihat rakyat malaysia dengan pelbagai kaum bersatu. apa yang kite lihat sebaliknya, wujud ngo-ngo yang memecahbelahkan perpaduan antara kite. mungkin dari masa kecil lagi kite ditanam dengan sikap perkauman yang boleh merosakkan keharmonian negara. Mmg perkara ini benar2 berlaku, cuba kite lihat di Sekolah, di IPT2 tempatan, semua pelajar berkawan hanya dengan kaum masing2 jew. Apa yang tersirat dihati mereka, entahlah......
kat sini, aku bukan lah PENYOKONG BERSIH kerana aku masih tidak faham apa yang diperjuangkan oleh BERSIH mengenai sistem pilihanraya negara. Cuma disini aku luahkan mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia. Aku impikan rakyat negara kite yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup dalam keadaan harmoni......

Tuesday, April 10, 2012

GAME 4 ANDROID DOWNLOAD :)



FIFA 12 by EA SPORTS v1.3.87 [NEW]

Apk
http://www.mediafire.com/?6p189bxd84we99r

Data *rip
Part 1: http://www.mediafire.com/?yz2esrms0p9po1u
Part 2: http://www.mediafire.com/?6fwq8k8v6qw6wgd
Part 3: http://www.mediafire.com/?nxlashmz0waqq15

extract satu part je , nanti dia combine sndiri .



Gangstar Rio City Of Saints

Apk link: http://i.minus.com/1333082250/PpwbOifhGUhVx6NiKg3vog/dqXxFRC5SatAK.apk
atau http://www.mediafire.com/?39ah65c4n2fckbo
Data : http://filerio.com/21n97lpgcdve
Note : cuma bila run kene download 5MB file tambahan .


Samurai II-Vengeance

Samurai II: Vengeance

Apk link: http://www.mediafire.com/?k8uybjrgdr89eqz


Game 9mmHD

9mm - iPhone, iPad & Android trailer

apk link: http://www.mediafire.com/?59hbm24vpjc94qc


Order & Chaos Online HD

Order & Chaos Online Official Gameplay for iPad / iPad 2 / iPhone / iPod Touch HD

apk link: http://www.mediafire.com/?9tmwn9q51zr1x8x


Game Eternal Legacy HD

Eternal Legacy iPhone Game Hands-On

apk + data link: http://www.mediafire.com/?27bb0ky4q1qxv


Backstab

BackStab - Henry Blake's Tale (Xperia PLAY exclusive)

apk link: http://www.mediafire.com/?66it8z4z76gim9m
data link:
link 1: http://www.mediafire.com/?dmjhrm8r4lotpji
link 2: http://www.mediafire.com/?owy209ylvh3bd7a
link 3 : http://www.mediafire.com/?bhdhp8e34n4qmbe
link 4: http://www.mediafire.com/?027052ycoorbo5k


Dungeon Defenders Second Wave (Part 2 offline)

Dungeon Defenders: Second Wave - Xperia Play Announcement Trailer

apk link: http://www.mediafire.com/?3t5daciygm6p8ia
link data:
Part 1 http://www.mediafire.com/?6mbkgwx63fe5z4x
part 2 http://www.mediafire.com/?zvie2f3xmgt38o7
part 3 http://www.mediafire.com/?kpsq65kkcxuopkc
part 4 http://www.mediafire.com/?dsxbfdjn5ubrwbw
Data copy to sdcard / android / data / com.trendy.ddsw / files / DunDefSW

Sacred Game Odyssey Rise of Ayden

Sacred Odyssey: Rise of Ayden - launch trailer by Gameloft

apk + data link: http://www.mediafire.com/?0yrfdotkeoh4r


Starfront Collision

Starfront: Collision - Android - Whose side will you rally?

apk link: http://www.mediafire.com/?snjiom1h1h8j5g2


Rainbow Shadow Vanguard

Tom Clancy's Rainbow Six Shadow Vanguard iPhone App Video CrazyMikesappscom

apk link: http://www.mediafire.com/?teynj4f5kdwqqqi


Fast Five

Fast Five racing for Android (based on Fast & Furious 5 movie)

apk link: http://www.mediafire.com/?zje7lrz0ll9hr2p


Nova 2

N.O.V.A 2 Game Play - iPhone/iPodtouch

apk link: http://www.mediafire.com/?n1fc0i9v01i8dsh


Game Shadow Guardian
Shadow Guardian - iPhone/iPad - Launch Trailer
apk + data link: http://www.mediafire.com/?htoerirrxa0lq


Let's Golf 2
Shadow Guardian - iPhone/iPad - Launch Trailer
apk link: http://www.mediafire.com/?7i0hrgxacaart2m
link data: http://www.mediafire.com/?mrh47tch30za40e

Star Battalion HD
Star Battalion - iPhone/iPod touch - Game Trailer
apk link: http://www.mediafire.com/?yn0yvbt1hajnhk8
link data: http://www.mediafire.com/?vraf0cajy2wne8c
http://www.mediafire.com/?th8owb2fgsbddhm


Modern Combat
Modern Combat 2: Black Pegasus - Launch Trailer

apk link: http://www.mediafire.com/?7ykbv267grqi6ie


Dungeon Hunter 2
iPhone Gameplay Trailer - Dungeon Hunter II
apk link: http://uploaded.to/file/9d154fut


Dungeon Defender
Dungeon Defenders 'Huntress' Trailer
apk file: http://www.mediafire.com/?5c76fta7c8y7wnp
data link:
link 1 http://www.mediafire.com/?67jjo9n76fklb4j
link 2 http://www.mediafire.com/?ubk0x4yoqawda8m
link 3 http://www.mediafire.com/?cfb0263dv0cd689


Gangstar
Gangstar: Miami Vindication HD on LG Optimus 540

apk file: http://www.mediafire.com/?10zkbzww4c0lwk7
link data: http://www.mediafire.com/?oq3sdai637whr9l


Spiderman
Android HD Game - Spiderman Total Mayhem - Gameloft
apk file: http://www.mediafire.com/?169ip789a61n3j8
link data: http://www.mediafire.com/?ajft5vda9l477df


Gunbros

apk file: http://www.mediafire.com/?ia8u5g75arbkeoj
link data: http://www.mediafire.com/?4qg51jpn9a4y8b7

X CONSTRUCTION
http://www.mediafire.com/?byepcyn0fyu3fyq
pass:market@syok.org

Splinter Cell Conviction HD
Splinter Cell Conviction HD on Android (Htc Desire HD)
apk file: http://www.mediafire.com/?l4xod3j54jccj5j
link data: http://www.mediafire.com/?7br1bttnpohur7p


Hero of Sparta
Hero of Sparta Cinematic Trailer - by Gameloft
apk file: http://www.mediafire.com/?ft33azyoatnmmpn


Dungeon Hunter
Dungeon Hunter on Android
apk file: http://www.mediafire.com/?rdl7sifx3xluarq


Brothers in arms 2
Brothers in Arms 2: Global Front - gameplay & multiplayer - Android
apk file: http://www.mediafire.com/?1ir2c2da16xlvhw
link data: http://www.megaupload.com/?d=XW8X5GOU
http://www.megaupload.com/?d=48BA0S7B


Nova
Nova Game Review for Android on Desire HD
apk file: http://www.mediafire.com/?c313pq8imn33pm6
link data: http://www.mediafire.com/?q9z8i7bbm76mp43


Asphalt 5
Asphalt 5 HD
apk link: http://www.mediafire.com/?axc2a5qwx3m556r
link data: http://www.mediafire.com/?3chprpyef5rr350


Asphalt 6
Asphalt 6 Adrenaline HD - Game Trailer - Android
apk link: http://www.mediafire.com/?m8ia9zpbxhxprsk
link 3 file assembled house finished levels way ..... asphalt 6
1. Turn on USB Debugging
2. Download the apk file installed on your computer, download the file and copy data to the memory card
3. Open Backup and backup Titanium Asphalt 6
4. Download file backup http://www.mediafire.com/?ou5h3nh2e211m4q unzip and copy Titanium Backup folder on your memory card and delete the 3 files which will leave only three new file
5. Open Titanium Backup and Restore Asphalt choose 6 (App + Data) 6. Disable internet and play Game


Avatar
Avatar: The Game Debut Trailer [HD] (Rate This Game)
apk link: http://www.mediafire.com/?4elcf4ux5y18b0e
link data: http://www.mediafire.com/?qocn2wq48ygtg47


Need for Speed
Need for Speed SHIFT Teaser
apk + data link: http://www.mediafire.com/?ywbstwbx991l7


Game Fruit Ninja HD
Fruit Ninja HD for iPad (App Review)
apk link: http://www.mediafire.com/?bi0vzwl3pu3bl67


Grave Defense HD
Gameplay : Grave defense HD (Android TD Game)
apk link: http://www.mediafire.com/?441kw45ph7d1nhl


TNA Wrestling
TNA Wrestling The Video Game: Feauture Gamplay
apk link: http://www.mediafire.com/?nmyl671s28tjgxq


Age of Zombie Game
Age of Zombies Debut Trailer
Link: http://www.mediafire.com/?dhbejlllfcgqpej


Bejewled 2
Bejeweled 2 Wii Trailer
apk link: http://www.mediafire.com/?0h00ivn3u9tbfee
 
Beyond Fighting
Further Beyond Fighting Intro Movie - Android
link: http://www.mediafire.com/?bps08npxgjjxrsa


Turbofly
Android Game Turbofly 3D
link: http://www.mediafire.com/?9v7xd44wd9939ws

The Adventures Of Tintin
http://www.mediafire.com/download.php?3jdc7hvant03eg6
pass:market@syok.org

Hungry Shark 3
Hungry shark part 3
link: http://www.mediafire.com/?gvms0s32zqfki9u

Bruce lee Warrior
apk: http://www.mediafire.com/?5t7d15ocdkqn8l1
data: http://www.mediafire.com/?4pde9m5xtc88cnq

Spiderman Total Mayhem
apk: http://www.mediafire.com/?3drhm256w0rfl8x
data: http://www.mediafire.com/?24fv8faje2kbduk
http://www.mirrorcreator.com/files/WPLUG3HG/Spider-Man_Total_Mayhem_HD_v3.x.x.rar_links

Password: ILHAMTAKUMI

Street Fighter 4

http://uploaded.to/folder/crzwan

apk - http://www.mediafire.com/?p7s3jrk0em9u4m0
tb backup - http://www.mediafire.com/?9b70tw5jwo5lpnz
sd data - http://www.slingfile.com/file/nk024XhErP
or
http://jumbofiles.com/cefjip4hjhjm

If You Get *FC WHEN OPEN THE GAME*
Use this Instruction :
*YOU NEED TO HAVE A ROOTED PHONE*
- Download SD files, apk for your phone screen and Titanium backup files
- Put SD files folder called SF_IV_DATA and the apk on your SD card
- Put Titanium backup files into Titanium Backup folder on your SD card
- Open Tinanium Backup and restore Street Fighter files (apk+data)
- Go to /data/data/jp.co.capcom.android.sf4hd with Root Explorer (or any other app same as this)
- Copy the folder called “files” on /data/data/jp.co.capcom.android.sf4hd to you SD card
- Uninstall the game & data from your phone (normally, in Parameters>Apps>…)
- Reinstall the game with the apk of your screen size
- Copy the folder “files” from your SD card to /data/data/jp.co.capcom.android.sf4hd (-> Now, a folder called “lib” must be here)
- Run the game - Let’s play !!!

Six Guns For HVGA/QVGA

APK : http://www.mediafire.com/?rzi004dsjfc1h4j
Sd Data : Part 1 http://www.mediafire.com/?s44cq84y6g635a3
Part 2 http://www.mediafire.com/?sqx2kauiost6857

Use pc to extract these files, put both files in one folder and extract one file and you'll get all these folders SixGuns

Installing APk and place your data folder to SDCard/Gameloft/games/
INSTRUCTIONS:
Now you just have open the apk the game will say you to download data use a wifi connection or a 2g network to download the data only 3 mb will be additional downloaded it will take less than one minute after this game will say press ok and enjoy the game .

Friday, April 6, 2012

APC??? huhuhu




huhuhu...... alhamdulillah, akhirnya berkahir juga majlis APC kat Renaissance Hotel, KL, maybe, ni adalah kenangan yang paling indah di tempat kerja di Rompin, Pahang ni. kadang2 apa yang kite dapat tu, kite rasakan tidak layak untuk kite terima, apa yang penting, bila kite buat sesuatu, kita jangan mengharapkan sesuatu balasan, biarlah ikhlas. Keikhlasan membawa kepada kebahagiaan hidup kite.... :)

Monday, March 26, 2012

PAD120 dah lepas..... PAD170 plok..... isk isk isk....


Dugaan melanda....... semakin lama..... semakin banyak dugaan yg melanda... ko org paham x apa maksud pic kat atas tu? pic kat atas tu bermaksud esok aku final exam tuk subject ni.... :).
dah lah citer pasal gambar kat atas,,, moga esok aku hadapinya dengan tenang..... amin....

Wednesday, January 25, 2012

mood bosan....

apa nak wat eh tgh2 malam ni..... huhuhuhu x tau nak watpew...... nak tido mata masih belom bleh terpejam.. nak tgk tv,,,, x der citer yg best.... nak wat assignment, terasa malas...... nak wat report? rajin benor aku ni.... huhuhu pew lagi..... online lah kejap... intai2 blog..... jari2 aku ni tgh rajin nak menaip ni.... taip jew lah papew pun...... sambil layan lagu dari Kump Ungu..... jiwang benor aku rupanya...... xdew lah jiwang sangat... dah lagu ni jew yg terlintas... tajuk apa lagu dia? rahsia lah.... biar aku jew yg tau......:), ntah papew jew aku melalut ni......ngantok ah plok..... selamat malam.... bye....

Tuesday, January 17, 2012

APA DAH JADI DGN BLOG AKU????????

ADOIIIIIIIII :(............... GAMBAR DAH HILANG.... NI SEMUA GARA2 SMARTPHONE AKU.... TAK SANGKA BLOG AKU NI CONNECTED DENGAN PHONE AKU.. SEMUA GAMBAR KAT BLOG AKU NI MASUK GALERI SMARTPHONE AKU... SO AKU INGAT BILA AKU DELETE GAMBAR KAT SMARTPHONE AKU TU X DEW EFFECT APA2 LAH... RUPA2NYA...... HILANG SEMUA GAMBAR KAT BLOG... RASA AMAT MENYESAL..... BANNER KAT BLOG PUN HILANG... DAH TAKDER MOOD NAK BLOGGING.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 4, 2012

akhirnya kau ku miliki......... oh my samsung galaxy w..


my enpon... smart x???
wah.... nie lah 1st time aku pakai henpon mahal sket dari hasil duit titik peluh aku bekerja, selama ni aku hanya mampu beli yang ciput dan yg second jew... maklum ler, banyak benda lagi yang lebih penting yang perlu... aku beli henpon nie dengan Harga RM999.00 walaupun ada kat kedai henpon yang jual dengan harga RM950.00 + micro sdCard(set Original Samsung), sebab kenapa aku x beli kt kedai henpon tu adalah kerana kt kedai henpon tu xder warna HITAM, yang ada semua warna putih... warna putih x menarik minat aku lah... maybe design henpon ni x sesuai dengan kaler putih kot.... tapi atas pandangan masing2 lah... aku dah round seluruh kedai henpon mmg model ni takder stok lah.... warna hitam takder stok lah.... apatah lagi henpon set AP yg dulunya aku survey dapat dengan harga RM870.00 dengan memory card 4gb. ermmm.... mmg terasa lah rugi jugak.. tapi xpew lah.. aku beli mahal sket pun, janji aku dapat warna pilihan aku... kalo x... maybe aku rasa menyesal dan x leh tidow malam... start aku pakai henpon nie takder lagi problem, cumanya sound dia jew lah terlalu slow dan hanya speaker terletak di belakang phone.. jadi kalo ada owg call masuk tak berapa nak dengar. tapi secara keseluruhannya... Samsung Galaxy W mmg terbaeeeekkkkkk :)