Thursday, April 21, 2011

kerosakan kereta :Servis air cond (komponen utama)

Salam,
erm hari nie aku nak citer pasal aircond, coz kerana aircond kete aku wat aku bankrap, habis gaji sebulan aku.... mmg tak berbaloi.... artikel nie aku cedok dari blog lain... sorry yer tuan punya artikel nie......

Antara komponen-komponen air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Compressor
2) Cooling Coil
3) Condenser


Compressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,compressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka compressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem air cond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.


Compressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang compressor tersebut dengan chemical dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak compressor yang baru.
(rujuk gambar)


Cooling Coil (Evaporator) pula adalah komponen air cond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuany telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.

cooling coil perlu di cuci

Condenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi condenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya.Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin melakukannya sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.

condenser


GAMBARAJAH SISTEM AIR COND KERETA


Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan nyawa anda.

HARI YANG MALANG & semakin kelam


MALANG?????????? kenapa ianya menimpaku, myVI buat hal lah plak.... ku sangkakan RM 300 tapi RM 800.00 kos repairnya...... aku tak tau lah kenapa lah myVI ku sakit sampai camnie sekali..... erm kosnya bleh beli blackberry Curve 9300.......... apa yang aku pikirkan nie.... entah lah aku pun tak tau apa nak dipikirkan lagi.... pape pun...... semua ada hikmah disebaliknya............. kenapa text aku warna merah???? kerana moOd aku yang tak menentu.... ok lah, aku takder mOOD lah nak menaip............. k lah...... papai.....