Friday, August 3, 2012

Kad Raya semakin dilupakan, Teknologi moden akan menghapuskan tradisi kad Raya?


Sungguh tenang berada di kampung halaman, hari ni 4 Ogos 2012, Alhamdulillah dah 15 hari kite berpuasa, di bulan Ramadhan ni kalo kite masih ingat kenangan lalu, zaman persekolahan (sesape yg lahir sekitar tahun aku lahir ) akan ingat lah, di akhir2 Ramadhan mesti banyak KAD RAYA ko orang dapat kan? Huhuhuhu….. masa ni mmg syok sangat, bila abg posmen antar surat, mesti terkejar2 nak tgk kad raya sape,,,, huhuhu….
Sekarang zaman kad raya semakin menghilang kerana dengan kecanggihan teknologi kini. Sekarang ni orang main SMS dan yang terbaru BBM dan Whatsapp jew,,,, maklum ler semakin canggih teknologi semakin senang kan?
Tapi bagi aku, amalan menghantar kad raya seharusnya dikekalkan walaupun semakin ditelan dengan kecanggihan dengan teknologi kini kerana Kad Raya merupakan simbol keikhlasan seseorang malah ianya memberikan mood raya tu lebih bermakna. Jika kad raya ni mungkin x kan hilang dan menjadi kisah klasik untuk masa depan (Amboi…. Cam tagline blog aku plak…. Hahahaha)…. Betul ler apa yang aku cakap, kalo SMS, BBM atau whatsapp ke mmg ko orang takkan save lama punya lah…. Dah full inbox ko orang akan delete jugak, tapi kalo kad raya, ia tetap akan menjadi kenangan……. Seperti gambar2 yg aku post ni, semua dari sahabat2 baik, banyak lagi kad raya yg ada, namun tak mampu lah aku nak post semua….. 
Mungkin kad raya akan menjadi sesuatu yang klasik untuk generasi yang akan datang??? begitu juga pada zaman cintan2 di alam zaman persekolahan, time zaman aku owg bercinta main pas2 surat je,,,, zaman kini, macam2 teknologi ada, selain sms, bbm dan whatsapp.... facebook menjadi trend remaja zaman kini (menjadi satu medium untuk mencari jodoh juga) buat remaja2 sekarang.
Ok lah, aku dah xder pape nak membebel lagi….. pape pun jalani bulan ramadhan anda dengan sesuatu yang berfaedah dan sama-samalah kite kumpul pahala dengan melakukan amal ibadah. Semoga ramadhan tahun ni member banyak makna kepada ko orang semua….. amin…..
Assalamualaikum w.r.b

No comments:

Post a Comment