Saturday, May 19, 2012

mai kite pakat bersih.....

huhuhu..... lama betul x update blog ni.... maklum ler bz memanjang jew skrg ni... berbalik kepada tajuk kat atas tu... bersih? nak bersih apa eh.... bersih rumah? bersih pakaian? bersih bilik? pape jew lah yang patut dibersihkan.... apa yang aku maksudkan ni sebenarnya adalah Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah diadakan baru-baru ini... apa yang terjadi? aku no komen.... yang menjadi lawaknya adalah, kawan-kawan pun bleh jadi musuh apabila berlakunya perbezaan ideologi.... setiap owg mempunyai pendapat masing-masing, tak perlu lah kite obses dengan sesuatu yang merugikan kite... erm banyak kawan2 aku yang post pelbagai comment dlm FB, ada yang menyokong, ada yang membangkang, ada juga yang mengutuk dengan kata-kata kesat... bagi aku, kite kenalah meghormati pendapat masing2.. sebagai rakyat malaysia, kite berhak membuat pilihan, negara kite mengamalkan sistem demokrasi yang tidak pernah menyekat hak rakyat. x kan dengan perkara2 camni pun kite nak bergaduh....
Apa yang baiknya bagi aku BERSIH ni ada nilai-nilai harmoni yang dapat kite lihat masih perhimpunan ni? mesti ko owg pikir nilai harmoni pe kebenda dengan rusuhan pelbagai... erm maksud aku, cuba kite lihat, Perpaduan antara KAUM diantara Melayu, Cina, India dan lain2 kaum bersatu, duduk bersama untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Sekarang, susah kite nak lihat rakyat malaysia dengan pelbagai kaum bersatu. apa yang kite lihat sebaliknya, wujud ngo-ngo yang memecahbelahkan perpaduan antara kite. mungkin dari masa kecil lagi kite ditanam dengan sikap perkauman yang boleh merosakkan keharmonian negara. Mmg perkara ini benar2 berlaku, cuba kite lihat di Sekolah, di IPT2 tempatan, semua pelajar berkawan hanya dengan kaum masing2 jew. Apa yang tersirat dihati mereka, entahlah......
kat sini, aku bukan lah PENYOKONG BERSIH kerana aku masih tidak faham apa yang diperjuangkan oleh BERSIH mengenai sistem pilihanraya negara. Cuma disini aku luahkan mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia. Aku impikan rakyat negara kite yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup dalam keadaan harmoni......

No comments:

Post a Comment