Thursday, December 22, 2011

SAMSUNG GALAXY W PILIHAN YANG BERBALOI


Salam semua…… huhuhu, kat sini aku nak citer pasal gadjet iaitu Smartphone terbaru untuk pengguna kelas pertengahan rendah. Smartphone tersebut merupakan Samsung Galaxy (W)onder I8150. Bagi aku smartphone ni lengkap dari spesifikasi yang aku impikan.

Walaupun smartphone ni tidak menggunakan Screen Super Amoled yang diguna oleh Samsung Galaxy S dan Galaxy S II serta model terbaru iaitu Samsung Galaxy Note namun tahap kecerahan dan kejernihan Screen S-LCD 3.7 inci 16 juta warna adalah mencukupi dan tidak mengecewakan.

Faktor utama Smartphone ini menjadi pilihan adalah kerana dari segi spesifikasinya yang dioperasikan oleh Sistem Android 2.3.5 (Gingerbread). Selain itu, Smartphone ini boleh menjalankan Video Call 3G. Ingat, video Call 3G yang bukan hanya dapat menjalankan skype atau webcam. Kebanyakkan smartphone  dari pengeluar lain iaitu Sony Ericsson sendiri tidak dapat menjalankan panggilan video 3G walaupun mempunyai kamera hadapan dan hanya boleh menjalankan penggunaan untuk skype, ym dan sebagainya yang memerlukan perkhidmatan internet. Faktor lain adalah kamera smartphone ini mempunyai 5 megapixel serta dilengkapi dengan Flash dan anda tidak perlu risau lagi jika mengambil gambar ditempat yang gelap. Faktor harga juga merupakan factor yang penting bagi aku untuk memilih smartphone ini sebagai pilihan. Harga yang ditawarkan adalah cukup murah dan hasil tinjauan aku di Kuala Terengganu harganya boleh didapati dengan RM875.00 bagi set AP(tanpa memory card).  Namun internal memory cukup besar iaitu sebanyak 4GB, x pakai Micro SD card pun xpew :).

Faktor2 lain pula dari segi kelajuan ianya adalah berbaloi dan dikuasakan dengan processor 1.4Ghz, apa nak lagi? Iphone 3Gs pun x mampu kejar….. dan ianya juga adalah cukup ringan dan hanya seberat 114.7g. Warna yang ditawarkan adalah warna Hitam dan Putih dan warna yang menjadi pilihan aku adalah warna Hitam tampak lebih kemas dan Maskulin gitu….. hahahha :p, warna putih aku lihat design dia x berapa nak kemas ler…


Aku malas nak citer panjang lah..... ko owg Google lah sendiri tentang smartphone ni…. Apa yang penting smartphone ni amat berbaloi kepada yang tak berkemampuan nak beli Smartphone Galaxy S II & Galaxy Note cam aku ni :)….

No comments:

Post a Comment