Salam semua…… huhuhu, kat sini aku nak citer pasal gadjet
iaitu Smartphone terbaru untuk pengguna kelas pertengahan rendah. Smartphone
tersebut merupakan Samsung Galaxy (W)onder I8150. Bagi aku smartphone ni
lengkap dari spesifikasi yang aku impikan.
Walaupun smartphone ni tidak menggunakan Screen Super Amoled
yang diguna oleh Samsung Galaxy S dan Galaxy S II serta model terbaru iaitu Samsung
Galaxy Note namun tahap kecerahan dan kejernihan Screen S-LCD 3.7 inci 16 juta
warna adalah mencukupi dan tidak mengecewakan.

Faktor2 lain pula dari segi kelajuan ianya adalah berbaloi
dan dikuasakan dengan processor 1.4Ghz, apa nak lagi? Iphone 3Gs pun x mampu
kejar….. dan ianya juga adalah cukup ringan dan hanya seberat 114.7g. Warna
yang ditawarkan adalah warna Hitam dan Putih dan warna yang menjadi pilihan aku
adalah warna Hitam tampak lebih kemas dan Maskulin gitu….. hahahha :p, warna
putih aku lihat design dia x berapa nak kemas ler…
Aku malas nak citer panjang lah..... ko owg Google lah
sendiri tentang smartphone ni…. Apa yang penting smartphone ni amat berbaloi
kepada yang tak berkemampuan nak beli Smartphone Galaxy S II & Galaxy Note cam
aku ni :)….