Friday, November 5, 2010

MyVi kekal kereta terbaik

Kajian: MyVi kekal kereta terbaik

KUALA LUMPUR 5 Nov 2010. - Kereta MyVi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan paling berkualiti dalam segmen kereta kompak terbaik dalam tempoh empat tahun berturut-turut.

Kajian Kualiti Awal (IQS) Malaysia 2010 itu dijalankan oleh J.D Power Asia Pacific 2010 dalam memberi penilaian terhadap kualiti kenderaan baru dalam tempoh pemilikan dua hingga enam bulan.

Ia mengukur lebih daripada 200 masalah kenderaan yang merangkumi lapan komponen kenderaan iaitu luaran kenderaan, pengalaman pemanduan, ciri-ciri/kawalan/paparan,

audio/hiburan, tempat duduk, HVAC, dalaman kenderaan dan enjin /transmisi.

Semua masalah dirumus dalam bentuk nombor masalah yang dilaporkan dalam ukuran per 100 kenderaan (PP100). Mata PP100 yang rendah menunjukkan kadar kejadian masalah yang rendah dan berprestasi tinggi.

Hasil tinjauan itu, MyVi berjaya menduduki tangga tertinggi dengan 157 PP100, diikuti Viva (178 PP100) dan Proton Savvy sebanyak 199 PP100.

Dalam segmen kereta saiz sederhana permulaan, Honda City berada di tempat teratas dengan 98 PP100. Diikuti Toyota Vios (104 PP100) dan Proton Saga (157 PP100).

Bagi segmen kereta saiz sederhana, Toyota Corolla Altis berada di kedudukan teratas dengan mata 74 PP100 diikuti Nissan Sylphy (81 PP100). Honda Civic (118 PP100).

Toyota Avanza pula mencatat kedudukan teratas dalam segmen MPV/Van dengan 85 PP100, tempat kedua Nissaan Grand Livina (112 PP100) dan Proton Exora (143 PP100).

Untuk segmen kenderaan pikap, Isuzu D-max menguasai tangga teratas bagi dua tahun berturut-turut dengan 51 PP100, diikuti oleh Toyota Hilux (70 PP100) dan Mitsubishi triton (127 PP100).

Tinjauan itu adalah berdasarkan penilaian daripada 2,642 pemilik kereta baru yang membeli kenderaan antara September 2009 dan Mei 2010, termasuk 47 penumpang kereta, pikap dan utiliti daripada 13 jenama.

sumber : Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment