Thursday, November 25, 2010

My New Gadjet : Samsung ST500 / TL 220 camera

salam,

aku nak citer sket lah pasal gadjet yang aku baru beli nie. aku baru beli kamera kompak digital jenis Samsung, aku
nie sebenarnya tak lah berapa minat sangat camera dengan model samsung nie, aku lebih suka Nikon, Panasonic Lumix, Canon,Olympus, sebab memang terbukti lebih berkualiti dari samsung jenama dari korea kalo tak silap aku. Tapi satu yang buat aku terpikat dengan model ST500 nie, model yang aku beli sekarang nie satu-satunya camera dari jenama samsung yang mengeluarkan dual screen. Setakat nie memang takder jenama lain lagi yang telah mengeluarkan dual screen camera macam samsung nie. So dengan camera nie, korang bleh snap gambar korang sendiri tanpa bantuan rakan-rakan kalian. Jadi sekarang tak perlu risau lagi untuk ambil gambar sendiri kerana samsung telah mencipta satu idea baru bagi mencapai matlamat dan kehendak masyarakat kini yang lebih suka snap gambar sendiri. selain itu, kini pelbagai laman sosial muncul di alam maya contohnya facebook, myspace, friendster, twitter dan sebagainya. Jadi ini memudahkan ko orang untuk snap gambar sendiri dan publish di dalam laman sosial sambil menunggu owg duk puji "kehenseman" dan "kecantikkan" korang..... huhuhuhu....... apa lagik eh aku nak citer tentang camera aku nie, oh selain itu, camera aku ni screen nya 3.0" dan touch screen, 12.2mp, 4.6x optical zoom, HD video record dan lain-lain lagi, terlalu panjang tuk diciterkan, so terasa canggih juga lah, harganya sekarang mengikut harga pasaran semasa, ko orang intai2 sendiri lah di kedai2 yang berdekatan. aku malas ah nak citer panjang coz dah rasa ngantuk sangat dah... ko orang tengok lah sendiri spec dia kat web samsung.... huhuhuhu... papai....


No comments:

Post a Comment