Saturday, January 29, 2011

Thanks Cik "N.A"


teet..... teet... mms diterima..... bukak je inbox msg, mms d'atas nie diterima dari cik "N.A". huhuhu, kelakar lah cik "N.A" nie, mesti cik "N.A" nie duk teringat kat En. AHmad Haffizie nie... Thanks a lot & u're my best friend.... hope cik "N.A" cepat2 lah kahwin. x sabar nak makan nasi minyak "Cik N.A & En. S", nasi minyak lah plak, hari tu dah belanja mee hoon sup, chocolate & ice-cream, lebih2 lah plak,, huhuhu.... :P, pape pun, tima qaseh sekali lagi kat Cik "N.A" kerana banyak membantu dalam pelbagai perkara & akan sentiasa doakan kebahagiaan & kejayaan Cik "N.A".

Tuesday, January 25, 2011

ntah....

Time : 04.30am
Location : in my bedroom

assalamualaikum w.r.b....

Erm cuaca skrg nie, angin asyik bertiup kencang je, amat merisaukan bagi aku, x pasal2 nanti aku tak dapat cuti, x dapat jugak lah aku balik kg, aku tak tau nape aku terkejut awal & tak leh tido nie... huhuhu.....
mood aku hari nie bese2 je.... aku pun tak tau aku nak taip pe nie..... nanti lah aku pikir balik apa yang aku nak citer kat blog aku nie.....

k lah.... wa'salam...


Sunday, January 23, 2011

Rahsia Kelahiran Bulan Mei - Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
p/s : kebanyakkan semua diatas tu betul, cuma aku tidak mudah dipujuk, xlah rajin sangat kalo buat keje yang aku x minat, yg aku "Bold" tu perkara paling betul, yang lain2 ko orang nilai lah sendiri diri aku nie.... itulah diriku....... aku tetap aku.......

Hilang....

Hilang??? aku pun tak tau apa yang hilang sebenarnya.... sesaje je, buat tajuk hilang, coz mungkin lama dah aku tak bukak blog nie, coz hilang idea lah nak taip pe. sekarang nie jam menunjukkan 11.56pm, 4 minit lagi nak masuk hari isnin. Aku tau ko orang bila setiap kali hari isnin setiap minggu je, ko owg akan rasa bosan kan? tak bersemangat? lesu? huhuhu..... semuanya ada... coz 2 hari kita bercuti. Bila 2 hari bercuti, hilang segala masalah ditempat kerja. Bila Isnin tiba rasa cam tak cukup je cuti kan???
Rindu lah aku kat kampung, bila balik kg aku rasa tenang je, bila berada di kampung bleh jumpa keluarga, kawan-kawan & bleh tgk keindahan pantai yang cantik. Bila sebut tentang pantai nie, bila balik kg je, kalo aku ada peluang, aku mesti pergi ke setiu kat pantai penarik, kerana suasana pantai & perkampungan nelayannya amat cantik & menarik. Terasa amat2 tenang bila berada disitu. Rindulah nak makan sotong celuk tepung kat pantai penarik :P
k lah, aku pun tak tau nak taip pe lagi.......
nak tido dulu.....
bye.......

Wednesday, January 5, 2011

Petikan dari Malaysiakini

Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

conference of rulers majlis raja rajaJusteru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

NONE“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

NONEShuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Saturday, December 11, 2010

Suatu Ketika........... myLoVE "myVI"





salam.......

Teringat aku kat myvi ni time masa mula2 beli, mmg berkilat lah.... silau kalau tengok.... dulu aku pilih color hitam nie, coz aku rasa hitam ni nampak macho &
sesuai lah tuk lelaki yang "macho" cam aku nie? macho ke aku ni? no komen.... huhuhu...... skrg myvi aku dah berubah wajah..... akan ku make up dia bagi cantik... belai dia elok2, kasi makan banyak2, bawak gi Klinik selalu... aku pun rasa myvi ku nie kena bawa gi Klinik, coz dah nampak cam tak sihat sangat dah.... tapi kan Perodua nie mmg cekik darah lah,,, sebab tu lah aku tak hantar kete aku kat perodua. Tapi kali ni aku perlu hantar kete aku kat perodua, aku nak tengok diorg servis. Adakah diorang akan menyelesaikan masalah myvi aku yang dalam kesakitan nie???
myvi aku nie pun sebenarnya ada perasaan jugak, bila myvi aku nie merajuk, mulalah dia buat perangai.... huhuhu, aku ingat time aku terasa nak jual je dia nie..... dah mula jatuh cinta kat swift..... dia cemburu kat aku.... so, nak dijadikan cerita aku terlanggar pembahagi jalan dekat parking kete..... habis rabak, dekat side skirt kete aku......... habis RM 200.00, nak kena simen & cat balik kete aku....
kali kedua pun, perkara yang sama berlaku, aku terasa nak jual je kete aku coz aku teringin nak rasa pakai kete lain plak... akhirnya aku xcident akibat hilang kawalan, mujur lah nasib aku baik, time aku memotong lori, lori tu bawak perlahan dan aku hilang kawalan dan terus terlanggar pembahagi jalan, agak teruk juga kereta aku nie..... upah repair semua dalam RM 2000.00 jugak lah... nie semua angkara lori yang bawak minyak terbalik dan minyak diesel tertumpah di jalan raya...... so ti
me tu plak hujan.... bila laju sket.... jalan licin.... terus lah hilang kawalan......
Perkara nie semua, memberi pengajaran kepada aku supaya lebih Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada.... dan sentiasalah menyayangi myVI ku nie seadanya....
K, lah, nie je aku nak citer tentang kisah cinta antara aku dan myVI..... nanti aku akan post pic kete aku yang dah di make up.. bye bye bye.......

wa'salam..

Saturday, December 4, 2010

Malang Tidak Berbau........

salam,

aku baru je balik dari workshop nie, memang betul lah malang tidak berbau, aku baru je ditimpa accident setelah melanggar pembahagi jalan. memang saat mencemaskan setelah kereta ku hilang kawalan. Ni semua angkara lori minyak yang terbalik & kesemua minyak tertumpah ke jalan, so bila aku speed, terlanggar lopak air, terus je kete aku hilang kawalan dan disitu bermula lah saat mencemaskan ketika kereta aku berpusing dan terus melanggar pembahagi jalan. Alhamdulillah aku selamat.... aku takder apa lagi nak cakap coz kepala tgh pening nak settle pasal kete nie....
k lah out dulu...... berhati-hati lah di jalan raya.... ingatlah orang yang tersayang,,,,,