Assalamualaikum w.r.b,
sekarang ni pukul 1.21am, mata tak ngantuk lagi, tak tau nak watpe, so aku nak citer lah sket pasal KEIKHLASAN nie. Aku tengok dalam dunia nie, susah nak jumpa manusia yang benar-benar ikhlas, kalo mereka menolong orang pun sebab ada kepentingan peribadi. Mereka dah tak tau apa makna keikhlasan yang sebenar. Aku nak cakap pasal KAWAN nie, susah dizaman sekarang nie nak jumpa kawan yang ikhlas, yang ada semua jenis yang suka ambil kesempatan. Tolong diri kita pun mesti ada habuannya. Bila diorang nak sesuatu dari kita manis bila berbicara tapi kita betul-betul di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, macam-macam alasan yang diorang diberikan. Aku nak bagi satu contoh perkara yang pernah aku alami, ada seorang kawan aku nie, dia nak lah tolong kawan dia, kirenya kawan baik dia lah, padahal dia pun bleh tolong, tapi dia x mahu lah nak tolong sebab merugikan dia, so dia mempergunakanlah aku nak menolong kawan dia. Memula aku x kisah lah aku tolong, kali kedua dia mintak tolong aku rasa cam tertipu & macam owg nak ambil kesempatan terhadap aku, so aku tolak untuk menolong dia & lepas tu, kawan dia menuduh aku macam2 yang aku ni kena berubah lah, apa lah, dia cakap x sangka yang aku ni bersikap macam nie. "apa agaknya sikap aku nie" Masa tu aku tak kisah lagi, dia nak cakap apa coz aku nak jaga perasaan dia. Aku plak yang bodoh minta maaf kat dia sebab nak jaga hati dia, tu satu peristiwa mengenai SAHABAT baik lah kononnya.
Tentang KERJA plak, aku nak cakap, kekadang owg nie sanggup berkira dalam melakukan tugasan, aku tak paham lah kenapa?. Diorang takder perasaan ikhlas untuk bekerja ke? Sanggup menipu orang untuk memudahkan diri sendiri, bagi aku itu tak bagus. Kita bekerja telah dibayar gaji, so bekerja lah dengan jujur supaya hasil pendapatan yang kita makan tu berkat. kalo tak berkat hati pun jadi tak bersih, sebab tu ada kes rasuah, pecah amanah, menipu dan sebagainya. So jalankan tanggungjawab dengan sejujurnya.
Pasal CINTA plak, aku malas lah nak komen banyak2 pasal hal nie, sebab aku rasa ko orang pernah merasa hal yang sebegini, pernah tak ko orang dipermainkan. Erm.. kekadang ada juga yang mempergunakan kite dalam hal camnie, bila susah datang terhegeh2 cari kite, tapi bila senang, bukan main kite plak yang dipersalahkan dan ditinggalkan.
Biasalah Manusia ni kan UNIK. UNIK? oh tidak.... sebenarnya setiap manusia boleh berubah yang penting atas hati mereka..... sama ada nak berubah menjadi lebih baik atau tak.... tanyalah pada hati masing2.
aku suka tengok iklan petronas semperna kemerdekaan tu
"KEKUATAN SEBENAR KITA TERLETAK PADA HATI"
jika apa yang kita buat tu IKHLAS dan NIAT yang baik insyaallah kite mungkin berjaya.
k lah semua, aku dah letih menaip nie, renung2kan dan selamat beramal.....
-p-zie-
No comments:
Post a Comment