Saturday, January 29, 2011

Thanks Cik "N.A"


teet..... teet... mms diterima..... bukak je inbox msg, mms d'atas nie diterima dari cik "N.A". huhuhu, kelakar lah cik "N.A" nie, mesti cik "N.A" nie duk teringat kat En. AHmad Haffizie nie... Thanks a lot & u're my best friend.... hope cik "N.A" cepat2 lah kahwin. x sabar nak makan nasi minyak "Cik N.A & En. S", nasi minyak lah plak, hari tu dah belanja mee hoon sup, chocolate & ice-cream, lebih2 lah plak,, huhuhu.... :P, pape pun, tima qaseh sekali lagi kat Cik "N.A" kerana banyak membantu dalam pelbagai perkara & akan sentiasa doakan kebahagiaan & kejayaan Cik "N.A".

Tuesday, January 25, 2011

ntah....

Time : 04.30am
Location : in my bedroom

assalamualaikum w.r.b....

Erm cuaca skrg nie, angin asyik bertiup kencang je, amat merisaukan bagi aku, x pasal2 nanti aku tak dapat cuti, x dapat jugak lah aku balik kg, aku tak tau nape aku terkejut awal & tak leh tido nie... huhuhu.....
mood aku hari nie bese2 je.... aku pun tak tau aku nak taip pe nie..... nanti lah aku pikir balik apa yang aku nak citer kat blog aku nie.....

k lah.... wa'salam...


Sunday, January 23, 2011

Rahsia Kelahiran Bulan Mei - Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
p/s : kebanyakkan semua diatas tu betul, cuma aku tidak mudah dipujuk, xlah rajin sangat kalo buat keje yang aku x minat, yg aku "Bold" tu perkara paling betul, yang lain2 ko orang nilai lah sendiri diri aku nie.... itulah diriku....... aku tetap aku.......

Hilang....

Hilang??? aku pun tak tau apa yang hilang sebenarnya.... sesaje je, buat tajuk hilang, coz mungkin lama dah aku tak bukak blog nie, coz hilang idea lah nak taip pe. sekarang nie jam menunjukkan 11.56pm, 4 minit lagi nak masuk hari isnin. Aku tau ko orang bila setiap kali hari isnin setiap minggu je, ko owg akan rasa bosan kan? tak bersemangat? lesu? huhuhu..... semuanya ada... coz 2 hari kita bercuti. Bila 2 hari bercuti, hilang segala masalah ditempat kerja. Bila Isnin tiba rasa cam tak cukup je cuti kan???
Rindu lah aku kat kampung, bila balik kg aku rasa tenang je, bila berada di kampung bleh jumpa keluarga, kawan-kawan & bleh tgk keindahan pantai yang cantik. Bila sebut tentang pantai nie, bila balik kg je, kalo aku ada peluang, aku mesti pergi ke setiu kat pantai penarik, kerana suasana pantai & perkampungan nelayannya amat cantik & menarik. Terasa amat2 tenang bila berada disitu. Rindulah nak makan sotong celuk tepung kat pantai penarik :P
k lah, aku pun tak tau nak taip pe lagi.......
nak tido dulu.....
bye.......

Wednesday, January 5, 2011

Petikan dari Malaysiakini

Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

conference of rulers majlis raja rajaJusteru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

NONE“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

NONEShuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.