Wednesday, January 25, 2012
mood bosan....
apa nak wat eh tgh2 malam ni..... huhuhuhu x tau nak watpew...... nak tido mata masih belom bleh terpejam.. nak tgk tv,,,, x der citer yg best.... nak wat assignment, terasa malas...... nak wat report? rajin benor aku ni.... huhuhu pew lagi..... online lah kejap... intai2 blog..... jari2 aku ni tgh rajin nak menaip ni.... taip jew lah papew pun...... sambil layan lagu dari Kump Ungu..... jiwang benor aku rupanya...... xdew lah jiwang sangat... dah lagu ni jew yg terlintas... tajuk apa lagu dia? rahsia lah.... biar aku jew yg tau......:), ntah papew jew aku melalut ni......ngantok ah plok..... selamat malam.... bye....
Tuesday, January 17, 2012
APA DAH JADI DGN BLOG AKU????????
ADOIIIIIIIII :(............... GAMBAR DAH HILANG.... NI SEMUA GARA2 SMARTPHONE AKU.... TAK SANGKA BLOG AKU NI CONNECTED DENGAN PHONE AKU.. SEMUA GAMBAR KAT BLOG AKU NI MASUK GALERI SMARTPHONE AKU... SO AKU INGAT BILA AKU DELETE GAMBAR KAT SMARTPHONE AKU TU X DEW EFFECT APA2 LAH... RUPA2NYA...... HILANG SEMUA GAMBAR KAT BLOG... RASA AMAT MENYESAL..... BANNER KAT BLOG PUN HILANG... DAH TAKDER MOOD NAK BLOGGING.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, January 4, 2012
akhirnya kau ku miliki......... oh my samsung galaxy w..
![]() |
| my enpon... smart x??? |
wah.... nie lah 1st time aku pakai henpon mahal sket dari hasil duit titik
peluh aku bekerja, selama ni aku hanya mampu beli yang ciput dan yg second
jew... maklum ler, banyak benda lagi yang lebih penting yang perlu... aku beli
henpon nie dengan Harga RM999.00 walaupun ada kat kedai henpon yang jual dengan
harga RM950.00 + micro sdCard(set Original Samsung), sebab kenapa aku x beli kt
kedai henpon tu adalah kerana kt kedai henpon tu xder warna HITAM, yang ada
semua warna putih... warna putih x menarik minat aku lah... maybe design henpon
ni x sesuai dengan kaler putih kot.... tapi atas pandangan masing2 lah... aku
dah round seluruh kedai henpon mmg model ni takder stok lah.... warna hitam
takder stok lah.... apatah lagi henpon set AP yg dulunya aku survey dapat
dengan harga RM870.00 dengan memory card 4gb. ermmm.... mmg terasa lah rugi
jugak.. tapi xpew lah.. aku beli mahal sket pun, janji aku dapat warna pilihan
aku... kalo x... maybe aku rasa menyesal dan x leh tidow malam... start aku
pakai henpon nie takder lagi problem, cumanya sound dia jew lah terlalu slow
dan hanya speaker terletak di belakang phone.. jadi kalo ada owg call masuk tak
berapa nak dengar. tapi secara keseluruhannya... Samsung Galaxy W mmg
terbaeeeekkkkkk :)
Thursday, December 22, 2011
SAMSUNG GALAXY W PILIHAN YANG BERBALOI
Salam semua…… huhuhu, kat sini aku nak citer pasal gadjet
iaitu Smartphone terbaru untuk pengguna kelas pertengahan rendah. Smartphone
tersebut merupakan Samsung Galaxy (W)onder I8150. Bagi aku smartphone ni
lengkap dari spesifikasi yang aku impikan.
Walaupun smartphone ni tidak menggunakan Screen Super Amoled
yang diguna oleh Samsung Galaxy S dan Galaxy S II serta model terbaru iaitu Samsung
Galaxy Note namun tahap kecerahan dan kejernihan Screen S-LCD 3.7 inci 16 juta
warna adalah mencukupi dan tidak mengecewakan.
Faktor utama Smartphone ini menjadi pilihan adalah kerana
dari segi spesifikasinya yang dioperasikan oleh Sistem Android 2.3.5
(Gingerbread). Selain itu, Smartphone ini boleh menjalankan Video Call 3G.
Ingat, video Call 3G yang bukan hanya dapat menjalankan skype atau webcam.
Kebanyakkan smartphone dari pengeluar lain
iaitu Sony Ericsson sendiri tidak dapat menjalankan panggilan video 3G walaupun
mempunyai kamera hadapan dan hanya boleh menjalankan penggunaan untuk skype, ym
dan sebagainya yang memerlukan perkhidmatan internet. Faktor lain adalah kamera
smartphone ini mempunyai 5 megapixel serta dilengkapi dengan Flash dan anda
tidak perlu risau lagi jika mengambil gambar ditempat yang gelap. Faktor harga
juga merupakan factor yang penting bagi aku untuk memilih smartphone ini
sebagai pilihan. Harga yang ditawarkan adalah cukup murah dan hasil tinjauan
aku di Kuala Terengganu harganya boleh didapati dengan RM875.00 bagi set AP(tanpa
memory card). Namun internal memory
cukup besar iaitu sebanyak 4GB, x pakai Micro SD card pun xpew :).
Faktor2 lain pula dari segi kelajuan ianya adalah berbaloi
dan dikuasakan dengan processor 1.4Ghz, apa nak lagi? Iphone 3Gs pun x mampu
kejar….. dan ianya juga adalah cukup ringan dan hanya seberat 114.7g. Warna
yang ditawarkan adalah warna Hitam dan Putih dan warna yang menjadi pilihan aku
adalah warna Hitam tampak lebih kemas dan Maskulin gitu….. hahahha :p, warna
putih aku lihat design dia x berapa nak kemas ler…
Aku malas nak citer panjang lah..... ko owg Google lah
sendiri tentang smartphone ni…. Apa yang penting smartphone ni amat berbaloi
kepada yang tak berkemampuan nak beli Smartphone Galaxy S II & Galaxy Note cam
aku ni :)….
Saturday, December 10, 2011
Dunia AnDR0id
huhuhu apa itu android.... kalo peminat gadget handphone, mesti tau apa itu android..... ok kat sini aku nak terangkan apa itu android. Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook.Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Kini pengeluar handphone utama yang dioperasikan oleh android adalah Samsung. Samsung dah semakin popular sekarang dan mengalahkan handphone lain. Sebab utama Samsung kini menjadi pilihan adalah kerana adalah faktor harga dan spesifikasi yang mengikut kehendak pengguna, dan yang paling penting Samsung kebanyakkan OS nya dikuasakan oleh Sistem Operasi Android. Kenapa Android menjadi pilihan? ini adalah kerana android menyediakan pelbagai application yang menarik yang disediakan dalam android market. Kalo yang minat games tu,,, mmg sesuai lah mereka memiliki handphone yang dikuasakan oleh Sistem Operasi Android. Android merupakan os yang bersifat terbuka dan kini boleh didapati dari pelbagai jenis handphone dan tidak hanya untuk satu pegeluar handphone saja...Bagaimana pula dengan Handphone lain? Nokia, nokia pada dahulunya merupakan pengeluar handphone utama dan menjadi pilihan pengguna kerana kualiti dan ciri2 handphone itu.... dan kini Nokia telah menjadi sejarah kerana telah dikalahkan oleh OS Android.... Pada dahulunya Nokia popular dengan Os Symbian, tetapi dengan ciri2 menarik OS android, os ANDROID menjadi pilihan utama pengguna. Kini nokia cuba untuk mempopularkan kembali brand tersebut dengan os "WINDOWS PHONE". adakah ia mampu menandingini android yang merupakan OS yang bersifat terbuka?
iOS & BB??? iOS adalah os untuk gadget apple seperti iphone dan ipad. bagi aku, iOS ini untuk yang betul mementingkan jenama dari spesifikasi itu sendiri kerana tahu sajew lah gadjet dari apple... harganya untuk budak2 kaya jer,,,,
BB pula? Blackberry dibangunkan oleh RIM dan popular bagi kalangan pengguna yang mementingkan email, laman sosial seperti facebook dan twitter. Aplikasi yang paling utama adalah semestinya BBM(Blackberry Mesengger) yang dapat berkomunikasi secara text message diantar pengguna BB lain. Tapi anda perlu ingat, anda perlu melanggani PLAN BIS (BLACKBERRY INTERNET SERVICE) jika mahukan BB anda betul2 berguna. Jika tidak baik anda pakai Nokia C3 saje dari anda membazir membeli BB untuk sekadar sms dan call. oh yer, BB ada plan datanya sendiri iaitu BIS dan anda tidak boleh melanggan plan data yang lain.
Akhir Sekali jika anda mementingkan spesifikasi, praktikal, kualiti dan harga saya mengesyorkan SAMSUNG yang dioperasikan oleh ANDROID. Jika anda lebih mementingkan JENAMA, GAYA dan APLIKASI pilihlah iphone dan bagi yang tidak mementingkan aplikasi tapi mementingkan GAYA, dan Komunikasi serta seorang yang aktif update mengenai dirinya di laman sosial dan blog, pilihlah Blackberry. sekarang ni aku pakai BLACBERRY, dalam pikiran ada jugak impian nak try ANDROID,
oh yer sape2 nak add aku dalam BBM just scan my barcode pin kat sebelah ni k... huhuhu siap promote BB PIN lagi.... :) 28DC2713
oh yer sape2 nak add aku dalam BBM just scan my barcode pin kat sebelah ni k... huhuhu siap promote BB PIN lagi.... :) 28DC2713
Friday, December 9, 2011
Cinta Sebelum atau Selepas Kahwin...
huhuhu..... jiwang lah plok tajuk aku nie.... sesaje jew wat tajuk coz tak leh nak tidow.... huhuhu tapi bleh plok aku type blog, sedangkan assignment berlambak.... xpew lah assignment tu assignment jugak..... tapi isi hati kadang2 perlu diluahkan..... hehehehe....... jiwang siot.... takder lah, aku wat tajuk nie bukan pew, cz aku tgk zaman sekarang masih ada lagi ibu bapa yg mencari jodoh untuk anak.... napew anak tu x leh cari sendiri kew, x laku kew, kekangan masa kew...... atau pemalu orangnya dengan org yg berbeza jantina..... aku x nafikan lah, aku sebenarnya masa sekolah rendah & sekolah menengah aku ni mmg pemalu dengan pompuan.... nak tegur pompuan pun malu..... apatah lagi nak usha awek.... hahaha..... cz ada peristiwanya masa sekolah rendah.... hahaha, malu lah plok nak citer.... tp xpew lah..... aku citer lah cz sekrang aku dah dewasa... huhuhu, masa aku belum sekolah & kecik2 dulu, aku nie dew kawan pompuan jew, maklum lah, semua jiran2 sebaya aku semua pompuan.... so masa dah masuk sekolah rendah dalam darjah 1 tu, aku dengan kawan pompuan yang berdekatan dengan umah aku tu.... pergi sekolah sesama..... so masa kat sekolah tu kite owg pegi mana2 pun bersama..... time rehat, nak ke kantin pun bersama.... siap pegang tangan lagi... sebab masa tu x tau papew kan... x tau apa itu cinta.... dan hanya kawan..... lepas pada tu..... budak2 situ perli ah aku sampai aku fobia.... cakap nak kahwin, bercinta lah.... satu kelas duk heboh, sampai cikgu aku sendiri pun tau budak2 ni heboh pasal aku..... lepas pada tu bukan 1 sekolah jew.... tapi 1 group darjah 1 ejek aku dengan budak pompuan tu diowng ejek2 aku nak kahwin.... lepas pada peristiwa aku terus menjauhkan diri dengan kawan aku tu..... and then semua kawan pompuan lepas aku tak berkawan sampai lah tingkatan 5...... huhuhu, kelakar kan citer tu aku ni.... tapi tu ah realitinya... selepas form 5, aku dipilih untuk menyertai PLKN, so masa kat kem, aku diajar untuk bersosial... hahaha... bersosial kew??? :) pelik jew bunyinnya.... lepas jew kuar PLKN, ko owg pikir sendiri lah, aku malas nak citer, panjang citernya.... tapi "Aku Bukan Playboy" cam tajuk filem jew... huhuhuhu
berbalik pada tajuk diatas.... pada pandangan aku ni.... aku mungkin berpandangan negatif pada cinta selepas kahwin kerana... mungkin sebelum kahwin kite x mengenali hati budi seseorang sama ada sesuai kew pasangan kite untuk bersama sampai ke akhir hayat.... segala2nya berkongsi dengan pasangan kitew.... tapi kalo pasangan kite itu x memahami dan sering mencetuskan keadaan tegang adalah amat2 mendukacitakan kerana perkahwinan itu sesuatu yang perlu dihiasi dengan keindahan.... jika bercinta sebelum kahwin, kite boleh mengenali hati budi pasangan kitew.... sama ada sesuai dengan jiwa dan sanggup bersusah senang bersama... Cinta dan perkahwinan adalah sesuatu indah... so kite pikirlah sendiri apa pilihan terbaik... x semua bercinta selepas kahwin itu negatif, ada juga kemanisan dan keindahannya :p
Friday, September 30, 2011
PAD120 - POLITICAL SCIENCE
aku rasa cam give up jew.... susahnya subject political science..... nak menghafal pun susah.. ahad ni dew final exam tuk subject ni... hari smakin hampir.... 1 keajaiban kalo aku x repeat subject ni.... susah jugak course.. mmg berbeza cara aku study kat uitm ni... kalo politeknik so simple... plak2 dgn course yg kitew minat.. kalo kat uitm ni... erm... pape pun... yg penting kite berusaha dari kite give up kan... so wake up now.... ada masa lagi tuk berjuang... dan bkorban sdikit masa tuk study... prinsip aku buat apa yg termampu, dan berusaha slagi ada waktu... kegagalan bukan beerti kegagalan buat slamanya... gagal tanpa berusaha adalah 1 kerugian,,,,,,
Subscribe to:
Comments (Atom)



