Thursday, December 22, 2011

SAMSUNG GALAXY W PILIHAN YANG BERBALOI


Salam semua…… huhuhu, kat sini aku nak citer pasal gadjet iaitu Smartphone terbaru untuk pengguna kelas pertengahan rendah. Smartphone tersebut merupakan Samsung Galaxy (W)onder I8150. Bagi aku smartphone ni lengkap dari spesifikasi yang aku impikan.

Walaupun smartphone ni tidak menggunakan Screen Super Amoled yang diguna oleh Samsung Galaxy S dan Galaxy S II serta model terbaru iaitu Samsung Galaxy Note namun tahap kecerahan dan kejernihan Screen S-LCD 3.7 inci 16 juta warna adalah mencukupi dan tidak mengecewakan.

Faktor utama Smartphone ini menjadi pilihan adalah kerana dari segi spesifikasinya yang dioperasikan oleh Sistem Android 2.3.5 (Gingerbread). Selain itu, Smartphone ini boleh menjalankan Video Call 3G. Ingat, video Call 3G yang bukan hanya dapat menjalankan skype atau webcam. Kebanyakkan smartphone  dari pengeluar lain iaitu Sony Ericsson sendiri tidak dapat menjalankan panggilan video 3G walaupun mempunyai kamera hadapan dan hanya boleh menjalankan penggunaan untuk skype, ym dan sebagainya yang memerlukan perkhidmatan internet. Faktor lain adalah kamera smartphone ini mempunyai 5 megapixel serta dilengkapi dengan Flash dan anda tidak perlu risau lagi jika mengambil gambar ditempat yang gelap. Faktor harga juga merupakan factor yang penting bagi aku untuk memilih smartphone ini sebagai pilihan. Harga yang ditawarkan adalah cukup murah dan hasil tinjauan aku di Kuala Terengganu harganya boleh didapati dengan RM875.00 bagi set AP(tanpa memory card).  Namun internal memory cukup besar iaitu sebanyak 4GB, x pakai Micro SD card pun xpew :).

Faktor2 lain pula dari segi kelajuan ianya adalah berbaloi dan dikuasakan dengan processor 1.4Ghz, apa nak lagi? Iphone 3Gs pun x mampu kejar….. dan ianya juga adalah cukup ringan dan hanya seberat 114.7g. Warna yang ditawarkan adalah warna Hitam dan Putih dan warna yang menjadi pilihan aku adalah warna Hitam tampak lebih kemas dan Maskulin gitu….. hahahha :p, warna putih aku lihat design dia x berapa nak kemas ler…


Aku malas nak citer panjang lah..... ko owg Google lah sendiri tentang smartphone ni…. Apa yang penting smartphone ni amat berbaloi kepada yang tak berkemampuan nak beli Smartphone Galaxy S II & Galaxy Note cam aku ni :)….

Saturday, December 10, 2011

Dunia AnDR0id

huhuhu apa itu android.... kalo peminat gadget handphone, mesti tau apa itu android..... ok kat sini aku nak terangkan apa itu androidAndroid adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook.Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Kini pengeluar handphone utama yang dioperasikan oleh android adalah Samsung. Samsung dah semakin popular sekarang dan mengalahkan handphone lain. Sebab utama Samsung kini menjadi pilihan adalah kerana adalah faktor harga dan spesifikasi yang mengikut kehendak pengguna, dan yang paling penting Samsung kebanyakkan OS nya dikuasakan oleh Sistem Operasi Android. Kenapa Android menjadi pilihan? ini adalah kerana android menyediakan pelbagai application yang menarik yang disediakan dalam android market. Kalo yang minat games tu,,, mmg sesuai lah mereka memiliki handphone yang dikuasakan oleh Sistem Operasi Android. Android merupakan os yang bersifat terbuka dan kini boleh didapati dari pelbagai jenis handphone dan tidak hanya untuk satu pegeluar handphone saja...
Bagaimana pula dengan Handphone lain? Nokia, nokia pada dahulunya merupakan pengeluar handphone utama dan menjadi pilihan pengguna kerana kualiti dan ciri2 handphone itu.... dan kini Nokia telah menjadi sejarah kerana telah dikalahkan oleh OS Android.... Pada dahulunya Nokia popular dengan Os Symbian, tetapi dengan ciri2 menarik OS android, os ANDROID menjadi pilihan utama pengguna. Kini nokia cuba untuk mempopularkan kembali brand tersebut dengan os "WINDOWS PHONE". adakah ia mampu menandingini android yang merupakan OS yang bersifat terbuka?
iOS & BB??? iOS adalah os untuk gadget apple seperti iphone dan ipad. bagi aku, iOS ini untuk yang betul mementingkan jenama dari spesifikasi itu sendiri kerana tahu sajew lah gadjet dari apple... harganya untuk budak2 kaya jer,,,,
BB pula? Blackberry dibangunkan oleh RIM dan popular bagi kalangan pengguna yang mementingkan email, laman sosial seperti facebook dan twitter. Aplikasi yang paling utama adalah semestinya BBM(Blackberry Mesengger) yang dapat berkomunikasi secara text message diantar pengguna BB lain. Tapi anda perlu ingat, anda perlu melanggani PLAN BIS (BLACKBERRY INTERNET SERVICE) jika mahukan BB anda betul2 berguna. Jika tidak baik anda pakai Nokia C3 saje dari anda membazir membeli BB untuk sekadar sms dan call.  oh yer, BB ada plan datanya sendiri iaitu BIS dan anda tidak boleh melanggan plan data yang lain.
Akhir Sekali jika anda mementingkan spesifikasi, praktikal, kualiti dan harga saya mengesyorkan SAMSUNG yang dioperasikan oleh ANDROID. Jika anda lebih mementingkan JENAMA, GAYA dan APLIKASI pilihlah iphone dan bagi yang tidak mementingkan aplikasi tapi mementingkan GAYA, dan Komunikasi serta seorang yang aktif update mengenai dirinya di laman sosial dan blog, pilihlah Blackberry. sekarang ni aku pakai BLACBERRY, dalam pikiran ada jugak impian nak try ANDROID, 


oh yer sape2 nak add aku dalam BBM just scan my barcode pin kat sebelah ni k... huhuhu siap promote BB PIN lagi.... :)    28DC2713



Friday, December 9, 2011

Cinta Sebelum atau Selepas Kahwin...


huhuhu..... jiwang lah plok tajuk aku nie.... sesaje jew wat tajuk coz tak leh nak tidow.... huhuhu tapi bleh plok aku type blog, sedangkan assignment berlambak.... xpew lah assignment tu assignment jugak..... tapi isi hati kadang2 perlu diluahkan..... hehehehe....... jiwang siot.... takder lah, aku wat tajuk nie bukan pew, cz aku tgk zaman sekarang masih ada lagi ibu bapa yg mencari jodoh untuk anak.... napew anak tu x leh cari sendiri kew, x laku kew, kekangan masa kew...... atau pemalu orangnya dengan org yg berbeza jantina..... aku x nafikan lah, aku sebenarnya masa sekolah rendah & sekolah menengah aku ni mmg pemalu dengan pompuan.... nak tegur pompuan pun malu..... apatah lagi nak usha awek.... hahaha..... cz ada peristiwanya masa sekolah rendah.... hahaha, malu lah plok nak citer.... tp xpew lah..... aku citer lah cz sekrang aku dah dewasa... huhuhu, masa aku belum sekolah & kecik2 dulu, aku nie dew kawan pompuan jew, maklum lah, semua jiran2 sebaya aku semua pompuan.... so masa dah masuk sekolah rendah dalam darjah 1 tu, aku dengan kawan pompuan yang berdekatan dengan umah aku tu.... pergi sekolah sesama..... so masa kat sekolah tu kite owg pegi mana2 pun bersama..... time rehat, nak ke kantin pun bersama.... siap pegang tangan lagi... sebab masa tu x tau papew kan... x tau apa itu cinta.... dan hanya kawan..... lepas pada tu..... budak2 situ perli ah aku sampai aku fobia.... cakap nak kahwin, bercinta lah.... satu kelas duk heboh, sampai cikgu aku sendiri pun tau budak2 ni heboh pasal aku..... lepas pada tu bukan 1 sekolah jew.... tapi 1 group darjah 1 ejek aku dengan budak pompuan tu diowng ejek2 aku nak kahwin.... lepas pada peristiwa aku terus menjauhkan diri dengan kawan aku tu..... and then semua kawan pompuan lepas aku tak berkawan sampai lah tingkatan 5...... huhuhu, kelakar kan citer tu aku ni.... tapi tu ah realitinya... selepas form 5, aku dipilih untuk menyertai PLKN, so masa kat kem, aku diajar untuk bersosial... hahaha... bersosial kew??? :) pelik jew bunyinnya.... lepas jew kuar PLKN, ko owg pikir sendiri lah, aku malas nak citer, panjang citernya.... tapi "Aku Bukan Playboy" cam tajuk filem jew... huhuhuhu
berbalik pada tajuk diatas.... pada pandangan aku ni.... aku mungkin berpandangan negatif pada cinta selepas kahwin kerana... mungkin sebelum kahwin kite x mengenali hati budi seseorang sama ada sesuai kew pasangan kite untuk bersama sampai ke akhir hayat.... segala2nya berkongsi dengan pasangan kitew.... tapi kalo pasangan kite itu x memahami dan sering mencetuskan keadaan tegang adalah amat2 mendukacitakan kerana perkahwinan itu sesuatu yang perlu dihiasi dengan keindahan.... jika bercinta sebelum kahwin, kite boleh mengenali hati budi pasangan kitew.... sama ada sesuai dengan jiwa dan sanggup bersusah senang bersama... Cinta dan perkahwinan adalah sesuatu indah... so kite pikirlah sendiri apa pilihan terbaik... x semua bercinta selepas kahwin itu negatif, ada juga kemanisan dan keindahannya :p

Friday, September 30, 2011

PAD120 - POLITICAL SCIENCE

aku rasa cam give up jew.... susahnya subject political science..... nak menghafal pun susah.. ahad ni dew final exam tuk subject ni... hari smakin hampir.... 1 keajaiban kalo aku x repeat subject ni.... susah jugak course.. mmg berbeza cara aku study kat uitm ni... kalo politeknik so simple... plak2 dgn course yg kitew minat.. kalo kat uitm ni... erm... pape pun... yg penting kite berusaha dari kite give up kan... so wake up now.... ada masa lagi tuk berjuang... dan bkorban sdikit masa tuk study... prinsip aku buat apa yg termampu, dan berusaha slagi ada waktu... kegagalan bukan beerti kegagalan buat slamanya... gagal tanpa berusaha adalah 1 kerugian,,,,,,

Tuesday, September 27, 2011

BIRO TATANEGARA




Teringat plak time aku kursus biro tatanegara.... kini senyap tentang kursus kenegaraan ni.... entah kenapa pun tak tak tau... aku x nak komen pasal nie... maybe adalah sebabnya itu.... aku dapat jugak peluang untuk mengikuti kursus ni... sebenarnya pada mula2 aku dapat kursus nie aku takut nak pergi... macam2 owg duk cakap pasal kursus nie... kena dera ala2 tentera lah..... kena rendam dalam air lah.... jadi sardin roll lah.... huhuhu..... ko owg tau apa itu sardin roll???? hahahaha..... malas nak citer,,,, sebenarnya takder pun... kursus nie paling best dalam banyak2 kursus aku pergi..... kursus nie banyak pengalaman manis yang takkan dapat aku lupakan... banyak aktiviti2 berkumpulan yang best... group dalam kumpulan best, sporting habis...... kalo dew lagi kursus nie.. mmg aku nak pergi lagi.. serius aku cakap...... Memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkk derrrrr..... :)

POLITEKNIK DI HATIKU...........



terasa rindu plak masa zaman belajar di Politeknik nie, sempat lagi eh aku taip blog, walaupun kerja berlambak...
erm aku malas nak wat assignment, aku malas nak siapkan report lagi walaupun bos dah banyak kali tanya pasal report sebabnya kalo aku wat kejew, aku rasa pening kepala, sebelum aku sambung pikir pasal kejew nie, aku terlihat gambar masa di Politeknik Kota Kuala Terengganu, terasa rindu lah plak, geng2 plak semuanya baik, tolong menolong antara satu sama lain..... saling hormat menghormati... itu yang penting.... berbeza skali lah bila di alam pekerjaan, masing2 mementingkan diri, masing2 nak menjatuhkan owg lain... masing2 nak ambik kesempatan atas kebaikkan owg lain...... kat sini aku nak post sket lah gambar2 masa belajar di Politeknik.... huhuhu, pengalaman yang paling best masa kena ragging dkat Setiu Agro Resort, kat situ, mmg kaw2 punya kena ragging..... plak tu aku nie ketua kump..... huhuhu
Lagi satu yang paling best masa belajar di Politeknik, masa 1st sem aku dapat Anugerah Ketua Jabatan......... huhuhu, bukan nak riak, tapi aku bersyukur dengan apa yg aku dapat..... bila kite kerja keras insyaallah kejayaan akan menghampiri kite....
Subjek yang paling aku minat, mesti lah subjek graphic, huhuhu..... dah aku mmg minat..... :P, subjek yg paling tak best mestilah matematik, dari sekolah rendah sampai skrg aku mmg lembap dalam math......

Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA


Salam,

selamat menyambut hari malaysia kepada semua, lama aku tak update blog.... bz ler skrg nie... dengan keje lagi, dengan study lagi.... minggu depan plak ada final exam... nak study mmg takder mOOd..... apa lah nasib.... hari nie hari malaysia, pagi tadi sempat gok aku menyertai perbarisan bagi mewakili jabatan semperna hari Malaysia. Ok lah tadi... tapi xder lah meriah macam kat ibu negeri... erm... kat daerah bese lah... tapi x kisah lah kat ibu negeri ke, daerah kew.. yang penting semangat cintakan tanah air tu tetap ada dalam jiwa.... aku bangga jadi anak malaysia!!!!!!!!!!! :)
ok lah..... itu sajew yg dapat aku taip.... bye bye bye.... :P