Saturday, July 30, 2011



Besok dah nak start masuk bulan ramadhan, aku juga masih di perantauan... Huhuhu... Sempena bulan ramadhan ni mari lah sama2 kite jaga perbuatan kita, & memperbanyakkan amal kebaikkan... Sesungguhnya pahala yg kite dapat berlipat kali ganda... Yg paling seronoknya pada bulan ramadhan, adalah solat tarawikh... Umat islam akan berlumba2 untuk ke masjid menunaikan solat tarawikh. Di bazar ramadhan juga pelbagai menu terdapat disitu, yg penting kawal nafsu kite dan elakkan dari membazir. Kat tempat aku keje skrg ni tak lah semeriah dgn kampung aku bila tiba bulan ramadhan.. Tapi walau dimana pun kite berada uniknya ramadhan kite juga akan merasai. Bagi orang lelaki seperti aku ni, kalo ada yg tak pose penuh,tersangatlah rugi, nikmat untuk menyambut bulan syawal tu x terasa. Yg susah nak puasa nya mesti perokok, kalo x dpt rokok mesti jd lesu, wat keje pun lesu jew. Akhir kata, Aku mengharapkan semoga ramadhan kali ini penuh bermakna...

Tuesday, July 5, 2011

erm, apa nak diceritakan lagi....

location : anjung suria restaurant, rompin
time : 08.00pm

huhuhu... xde apa lagi nak diceritakan.... erm, tajuk cm sedih jew... tapi realitiinya tak pun, sajew je wat ayat cam tu.... dah bosan sgt sambil tunggu makanan... pe lg online lah.... k lah.... x de pape dah. bye...

Friday, July 1, 2011

LAMA TAK UPDATE BLOG

SALAM,

Lama betul aku tak update blog, erm maklum ler bz ler skrg nie, takder masa update blog nie, lagi pun takder xtvt menarik lagi yg aku nak citer...... :)

Monday, May 9, 2011

Drama Bersiri Yang Paling Best dalam hidup aku....


assalamualaikum w.r.b....

malam nie, aku nak citer sketlah tentang drama2 bersiri yang paling aku minat dari dulu hingga sekarang nie.... erm... kirenya kalo aku tengok citer tu mmg takkan pernah bosan lah.... kalo drama bersiri yang kite minat kadang2 time bila citer tu ditayangkan di TV, bila part nak habis je.... rasa cam kejap je citer tu nak habis... alangkah bagus kalo waktu panjang lagi.... coz rasa tak sabar nak tunggu sambungan citer tu minggu depan....
pertama sekali, aku teringat masa zaman sekolah menengah, citer KOrean, tajuk dia The Successful Story Of a Bright Girl, citer ni mmg aku minat giler banget ler, citer ni ditayangkan kat TV3..... mmg tak bosan kalo tgk citer nie..... siap aku copy vcd member aku yang berbelas atau berpuluh keping tu....




Lepas tu ada satu Drama Kat Tv3 tajuk dia Sinderela, citer nie mmg best gilerrrr.. ada pelbagai emosi dalam citer nie.... ada kelakar tak ingat dunia.... Sedih.... Gembira.... Mencemaskan dan pelbagai lagi.... citer nie lakonan Sharifah Amani, Bront Palare dan Remy Ishak....... faktor lain selain jalan citer yang membuatkan citer nie best adalah pelakonnya....


erm.... sekrang aku duk minat tgk Citer
 "JUVANA"

kat TV3, citer nie ditayangkan setiap hari ISNIN jam 9.00mlm. citer ni berkisarkan tentang Sekolah budak2 yang bawah umur melakukan kesalahan jenayah.... lebih kire cam sekolah tunas bakti lah.... tapi dalam citer tu, ditukarkan kepada wira bakti.... citer ni jalan ceritanya menarik dan buatkan aku tak bosan untuk menonton......

ok lah... setakat nie dulu dapat aku taip...... coz aku dah ngantuk.... esok dah keje.... huhuhu

Thursday, April 21, 2011

kerosakan kereta :Servis air cond (komponen utama)

Salam,
erm hari nie aku nak citer pasal aircond, coz kerana aircond kete aku wat aku bankrap, habis gaji sebulan aku.... mmg tak berbaloi.... artikel nie aku cedok dari blog lain... sorry yer tuan punya artikel nie......

Antara komponen-komponen air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Compressor
2) Cooling Coil
3) Condenser


Compressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,compressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka compressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem air cond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.


Compressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang compressor tersebut dengan chemical dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak compressor yang baru.
(rujuk gambar)


Cooling Coil (Evaporator) pula adalah komponen air cond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuany telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.

cooling coil perlu di cuci

Condenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi condenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya.Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin melakukannya sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.

condenser


GAMBARAJAH SISTEM AIR COND KERETA


Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan nyawa anda.

HARI YANG MALANG & semakin kelam


MALANG?????????? kenapa ianya menimpaku, myVI buat hal lah plak.... ku sangkakan RM 300 tapi RM 800.00 kos repairnya...... aku tak tau lah kenapa lah myVI ku sakit sampai camnie sekali..... erm kosnya bleh beli blackberry Curve 9300.......... apa yang aku pikirkan nie.... entah lah aku pun tak tau apa nak dipikirkan lagi.... pape pun...... semua ada hikmah disebaliknya............. kenapa text aku warna merah???? kerana moOd aku yang tak menentu.... ok lah, aku takder mOOD lah nak menaip............. k lah...... papai.....

Wednesday, March 30, 2011

INFEKSI ????



teet.... teet... teet.... aku baru dapat msg dari 25333 seperti diatas """DING! Saksikanlah wabak infeksi yang akan merebak ke seluruh negara sekejap lagi"".aku tak tau lah apa motif msg ini dihantar, dan msg nie adalah flash msg yang tak dapat nak "save". lepas tu aku terbaca kat beautiful nara dan daripada beautifulnara tu membuat spekulasi yang bukan2, cam mengarut plak, ntah betul ke tidak, kalo ko orang nak tau klik link nie :



http://beautifulnara.com/simbol-apakah-ini-buat-hati-ini-seram-sejuk/#comments
macam2 hal, UFO nak turun lah, bumi dan terancam lah... apalah... dan aku search kat google. aku dapat jawapan dari link nie..... :

http://duniamartina.blogspot.com/2011/03/persoalan-mesej-dari-25333-terjawab.html

sekarang nie kat iklan TV3 pun dah ada iklan INFEKSI, gimik apalah plak nie.... huhuhuhu....

erm ko orang nilai lah sendiri, coz aku tgh blurr nie..... huhuhu, banyak lagi keje nak wat nie... nak siapkan report nie.... huhuhuhu.....