Thursday, April 21, 2011

kerosakan kereta :Servis air cond (komponen utama)

Salam,
erm hari nie aku nak citer pasal aircond, coz kerana aircond kete aku wat aku bankrap, habis gaji sebulan aku.... mmg tak berbaloi.... artikel nie aku cedok dari blog lain... sorry yer tuan punya artikel nie......

Antara komponen-komponen air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Compressor
2) Cooling Coil
3) Condenser


Compressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,compressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka compressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem air cond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.


Compressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang compressor tersebut dengan chemical dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak compressor yang baru.
(rujuk gambar)


Cooling Coil (Evaporator) pula adalah komponen air cond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuany telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.

cooling coil perlu di cuci

Condenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi condenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya.Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin melakukannya sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.

condenser


GAMBARAJAH SISTEM AIR COND KERETA


Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan nyawa anda.

HARI YANG MALANG & semakin kelam


MALANG?????????? kenapa ianya menimpaku, myVI buat hal lah plak.... ku sangkakan RM 300 tapi RM 800.00 kos repairnya...... aku tak tau lah kenapa lah myVI ku sakit sampai camnie sekali..... erm kosnya bleh beli blackberry Curve 9300.......... apa yang aku pikirkan nie.... entah lah aku pun tak tau apa nak dipikirkan lagi.... pape pun...... semua ada hikmah disebaliknya............. kenapa text aku warna merah???? kerana moOd aku yang tak menentu.... ok lah, aku takder mOOD lah nak menaip............. k lah...... papai.....

Wednesday, March 30, 2011

INFEKSI ????



teet.... teet... teet.... aku baru dapat msg dari 25333 seperti diatas """DING! Saksikanlah wabak infeksi yang akan merebak ke seluruh negara sekejap lagi"".aku tak tau lah apa motif msg ini dihantar, dan msg nie adalah flash msg yang tak dapat nak "save". lepas tu aku terbaca kat beautiful nara dan daripada beautifulnara tu membuat spekulasi yang bukan2, cam mengarut plak, ntah betul ke tidak, kalo ko orang nak tau klik link nie :



http://beautifulnara.com/simbol-apakah-ini-buat-hati-ini-seram-sejuk/#comments
macam2 hal, UFO nak turun lah, bumi dan terancam lah... apalah... dan aku search kat google. aku dapat jawapan dari link nie..... :

http://duniamartina.blogspot.com/2011/03/persoalan-mesej-dari-25333-terjawab.html

sekarang nie kat iklan TV3 pun dah ada iklan INFEKSI, gimik apalah plak nie.... huhuhuhu....

erm ko orang nilai lah sendiri, coz aku tgh blurr nie..... huhuhu, banyak lagi keje nak wat nie... nak siapkan report nie.... huhuhuhu.....

Saturday, March 19, 2011

Kenapa Aku Tak SUka Perokok???


salam 1 Malaysia,,,


Bila ko terbaca tajuk kat atas tu mesti ko orang terpikir yang aku ni tak merokok kan? mestilah aku tak merokok, sebab tu lah aku tak suka perokok. kalo ak
u ni perokok, takkan lah aku nak benci diri aku sendiri kan??? huhuhuhu
kenapa eh aku tak suka perokok? erm coz diorang nie bawak penyakit kepada owg lain... tak pasal2 owg lain pun sedut sama asap yang diowg hembus tu.... kalo nak hisap rokok sangat, hisap lah jauh2 eh.....
aku tgk dah menjadi "habbit" diowg dah, bila lepas makan je hisap rokok... huhuhu, macam "dessert" lah plak....
lagi satu aku tak suka perokok yang menghisap rokok kat dalam kete owg yang tak merokok cam aku nie.... cam tak hormat owg yang tak hisap rokok lah plak..... kadang2 aku tgk rokok nie cam nyawa diowg lah plak.... kalo tak takder rokok je cam tak leh wat keje... diowg cam hilang semangat je... huhuhuhu....
lagi satu apa yang bestnya rokok nie..... ada owg cakap hisap rokok nie nampak cam macho??? macho ke? kalo hisap rokok nie nampak macho... tak pe lah, aku tak jadi macho pun tak pe dari aku merosakkan diri aku dan menambah segala penyakit......
mujur lah kat pejabat aku nie kawasan larangan merokok... huhuhuhu.......
erm.. pape pun...... Katakan Tak Nak pada ROKOK!!!!

Hari Ahad Yang Rileks...... huhuhu...


Assalamualaikum w.r.b,
lama aku tak menaip kat blog nie, ntah lah nape, maybe bz sket kot... kalo ikutkan banyak lagi keje yang lebih penting tuk aku taip nie, tapi kan, kalo duk pikirkan tentang keje je, pape keje pun tak leh nak wat kan..... kalo kite pikir kan sesuatu terlalu "complicated". Jadi susah lah, sebab kepala kite dah set perkara tu susah.... hari nie ari minggu, huhuhu, kalo takder apa program di hari minggu nie... bosan lah jugak, tapi kalo ada program yang berkaitan dengan keje lagi lah membosankan, tiap2 hari dah keje, takkan hari minggu nak keje lagi.... melainkan owg yang tak melakukan kerja hakiki dia pada waktu bekerja yang sebenarnya.... opppss.... x mengata kat sape2pun..... :)
erm k lah.... jalankan xtvt di hari minggu anda dengan perkara2 yang berfaedah dan hargailah masa yang ada dengan mencipta pengalaman yang baru dalam hidup :)

sekian.....

Tuesday, March 1, 2011

Tanya Sama Hati?




tanya sama hati? apa yang aku maksudkan? aku tak perlu nak jelaskan lah coz aku malas nak taip panjang2. huhuhu... dan sebenarnya aku tengah dengar lagu "itulah sayang(tanya sama hati)". Lagu nie best coz ada Yuna jer :P, bila aku tak tau pe nak buat.... erm dalam Yuna Inspired kan, aku tgk yuna gunakan smartphone Blackberry, mmg stylo & bergaya lah....
huhuhuhu.... mula lah aku mengarut, untuk mengelakkan aku mengarut lebih panjang.... baik aku stop dulu menaip ....... babai.....




p/s : Tahniah Kat YUNA coz menang Anugerah ABPH bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan sebenarnya memang telah terbukti yg Yuna mmg Popular dan mempunyai ramai peminat yang sayangkannya.....

Friday, February 4, 2011

Banjir di Rompin : Pengalaman Menyeronokkan & Mencemaskan, (Menyelamat & Diselamatkan)




Fuhh..... lega, pagi tadi aku baru sampai rumah dlm pukul 02.30am. alhamdulillah semuanya selamat setelah operasi menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Perkampungan Orang Asli Jubau & Langkap. Program semalam turut dihadiri oleh wakil Rakyat Dun Ibam iaitu Dato' Hj Mohd Saferi. kenderaan yang digunakan untuk meneruskan perjalanan ke kampung yang terlibat adalah kenderaan pacuan 4 roda (4wd) dan termasuklah kenderaan Bomba. namun perjalanan yang dilalui penuh dengan dugaan dan saat yang mencemaskan. Laluan yang berbukit bukau dengan tanah merah serta tanah yang masih lagi tidak kering menyebabkan kenderaan 4wd tidak dapat dikawal dengan baik namun masih dapat meneruskan perjalanan. Cabaran pertama yang dilaluinya adalah terdapat jambatan yang diperbuat daripada kayu balak ditenggelami air. Kenderaan yang terlibat dapat melepasi jambatan tersebut namun kenderaan bomba tidak dapat meneruskan perjalanan kerana faktor kenderaan yang digunakannya. Operasi memindahkan barangan makanan dari kenderaan bomba ke kenderaan peserta yang terlibat telah dijalankan. Halangan kedua yang dilalui oleh peserta program ini adalah tanah runtuh dan peserta terpaksa memotong pokok untuk membuat jambatan dan ianya berhasil. setelah melepasi tanah runtuh itu, perjalanan diteruskan dan sampailah kampung yang dituju & pengagihan barangan makanan kepada mangsa banjir yang putus hubungan dilakukan. setelah selesai pengagihan barangan makanan, perjalanan untuk pulang diteruskan namun masih menghadapi pelbagai halangan yang mencemaskan. Halangan yang ditempuhi adalah jalan tanah merah itu ditenggelami air dan kenderaan yang aku naiki itu cuba untuk melepasi air itu namun airnya amat dalam dan air tersebut memasuki ke dalam kenderaan yang dinaiki aku sampai ke seat kenderaan. Saat itu amat mendebarkan bagi aku. Namun Alhamdulillah, kenderaan yang aku naiki dapat melepasinya, disangkakan ianya telah selesai namun jalan kedua juga telah dinaiki air dan paras airnya amat dalam dan kenderaan yang aku naiki tidak dapat meneruskan perjalanan tersebut, memandangkan waktu telah lewat malam dan kenderaan di belakang juga telah rosak kerana enjinnya telah dimasuki air. Namun terpaksa menggunakan khidmat bomba untuk menyelamatkan kami. aku dan kawan2 yang lain mengharungi air dan Bomba terpaksa menggunakan Bot untuk mengharungi air tersebut. Bagi aku program ini banyak memberi pengalaman dan bukanlah hanya menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa banjir dan ianya juga adalah program ekspedisi cabaran menjelajah perkampungan orang asli. Aku mmg minat dengan aktiviti mengembara macam nie. Ianya suatu pengalaman manis yang tak dapat aku lupakan dan tidak akan luput dari ingatanku. Aku pun dah penat sangat2 nie.... nanti aku sambung citer lagi eh..... huhuhuhu.....