Fuhh..... lega, pagi tadi aku baru sampai rumah dlm pukul 02.30am. alhamdulillah semuanya selamat setelah operasi menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Perkampungan Orang Asli Jubau & Langkap. Program semalam turut dihadiri oleh wakil Rakyat Dun Ibam iaitu Dato' Hj Mohd Saferi. kenderaan yang digunakan untuk meneruskan perjalanan ke kampung yang terlibat adalah kenderaan pacuan 4 roda (4wd) dan termasuklah kenderaan Bomba. namun perjalanan yang dilalui penuh dengan dugaan dan saat yang mencemaskan. Laluan yang berbukit bukau dengan tanah merah serta tanah yang masih lagi tidak kering menyebabkan kenderaan 4wd tidak dapat dikawal dengan baik namun masih dapat meneruskan perjalanan. Cabaran pertama yang dilaluinya adalah terdapat jambatan yang diperbuat daripada kayu balak ditenggelami air. Kenderaan yang terlibat dapat melepasi jambatan tersebut namun kenderaan bomba tidak dapat meneruskan perjalanan kerana faktor kenderaan yang digunakannya. Operasi memindahkan barangan makanan dari kenderaan bomba ke kenderaan peserta yang terlibat telah dijalankan. Halangan kedua yang dilalui oleh peserta program ini adalah tanah
Friday, February 4, 2011
Banjir di Rompin : Pengalaman Menyeronokkan & Mencemaskan, (Menyelamat & Diselamatkan)
Fuhh..... lega, pagi tadi aku baru sampai rumah dlm pukul 02.30am. alhamdulillah semuanya selamat setelah operasi menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Perkampungan Orang Asli Jubau & Langkap. Program semalam turut dihadiri oleh wakil Rakyat Dun Ibam iaitu Dato' Hj Mohd Saferi. kenderaan yang digunakan untuk meneruskan perjalanan ke kampung yang terlibat adalah kenderaan pacuan 4 roda (4wd) dan termasuklah kenderaan Bomba. namun perjalanan yang dilalui penuh dengan dugaan dan saat yang mencemaskan. Laluan yang berbukit bukau dengan tanah merah serta tanah yang masih lagi tidak kering menyebabkan kenderaan 4wd tidak dapat dikawal dengan baik namun masih dapat meneruskan perjalanan. Cabaran pertama yang dilaluinya adalah terdapat jambatan yang diperbuat daripada kayu balak ditenggelami air. Kenderaan yang terlibat dapat melepasi jambatan tersebut namun kenderaan bomba tidak dapat meneruskan perjalanan kerana faktor kenderaan yang digunakannya. Operasi memindahkan barangan makanan dari kenderaan bomba ke kenderaan peserta yang terlibat telah dijalankan. Halangan kedua yang dilalui oleh peserta program ini adalah tanah
Tuesday, February 1, 2011
Lepak di Pusat Pemindahan....
at Pusat Pemindahan (Endau)
letihnya lah.... dah 3 malam tak tido nie..... tak pasal2 Rompin banjir... tak dapat jugak lah aku bercuti panjang kat kampung nie.... sekarang aku de kat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir kat area Endau nie. mujur lah kat sini ada 3G & bleh jugak lah aku bawak laptop layan internet. x lah bosan sangat, bleh gok cuci mata layan FB. kepala aku skrg nie tgh berpusing,,,,, ntah apa apalah..... huhuhuhu....... ngantuk yang amat nie..... walaupun letih..... tapi aku de pengalaman dalam situasi camnie...... rasa puas sangat2 bila kite dapat tolong mangsa banjir yang dalam kesusahan nie... seronok juga duk pusat pemindahan nie.... kite bleh lihat gelagat masyarakat dan ia sebenarnya lagi mengeratkan silaturahim antara mereka.... bila dah berkumpul ramai2 banyak lah perkara dibincangkan...... kanak2 pula lagi lah seronok..... dapat main2... member2 dah ramai time nie.... huhuhu......
banyak sebenarnya aku nak taip kat sini,,,, tapi kepala aku dah tingtong nie....... nanti ah aku sambung............. k lah... chow dulu.......
Saturday, January 29, 2011
Thanks Cik "N.A"
teet..... teet... mms diterima..... bukak je inbox msg, mms d'atas nie diterima dari cik "N.A". huhuhu, kelakar lah cik "N.A" nie, mesti cik "N.A" nie duk teringat kat En. AHmad Haffizie nie... Thanks a lot & u're my best friend.... hope cik "N.A" cepat2 lah kahwin. x sabar nak makan nasi minyak "Cik N.A & En. S", nasi minyak lah plak, hari tu dah belanja mee hoon sup, chocolate & ice-cream, lebih2 lah plak,, huhuhu.... :P, pape pun, tima qaseh sekali lagi kat Cik "N.A" kerana banyak membantu dalam pelbagai perkara & akan sentiasa doakan kebahagiaan & kejayaan Cik "N.A".
Tuesday, January 25, 2011
ntah....
Location : in my bedroom
assalamualaikum w.r.b....
Erm cuaca skrg nie, angin asyik bertiup kencang je, amat merisaukan bagi aku, x pasal2 nanti aku tak dapat cuti, x dapat jugak lah aku balik kg, aku tak tau nape aku terkejut awal & tak leh tido nie... huhuhu.....
mood aku hari nie bese2 je.... aku pun tak tau aku nak taip pe nie..... nanti lah aku pikir balik apa yang aku nak citer kat blog aku nie.....
k lah.... wa'salam...
Sunday, January 23, 2011
Rahsia Kelahiran Bulan Mei - Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
- Keras hati & tegas.
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
- Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dari segi mental & fizikal.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayalan yang tinggi.
- Permikiran yang tajam.
- Pandai berdebat.
- Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya ramai anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros
Hilang....
Rindu lah aku kat kampung, bila balik kg aku rasa tenang je, bila berada di kampung bleh jumpa keluarga, kawan-kawan & bleh tgk keindahan pantai yang cantik. Bila sebut tentang pantai nie, bila balik kg je, kalo aku ada peluang, aku mesti pergi ke setiu kat pantai penarik, kerana suasana pantai & perkampungan nelayannya amat cantik & menarik. Terasa amat2 tenang bila berada disitu. Rindulah nak makan sotong celuk tepung kat pantai penarik :P
k lah, aku pun tak tau nak taip pe lagi.......
nak tido dulu.....
bye.......
Wednesday, January 5, 2011
Petikan dari Malaysiakini
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Dosa besar
“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.