Sunday, January 23, 2011
Hilang....
Rindu lah aku kat kampung, bila balik kg aku rasa tenang je, bila berada di kampung bleh jumpa keluarga, kawan-kawan & bleh tgk keindahan pantai yang cantik. Bila sebut tentang pantai nie, bila balik kg je, kalo aku ada peluang, aku mesti pergi ke setiu kat pantai penarik, kerana suasana pantai & perkampungan nelayannya amat cantik & menarik. Terasa amat2 tenang bila berada disitu. Rindulah nak makan sotong celuk tepung kat pantai penarik :P
k lah, aku pun tak tau nak taip pe lagi.......
nak tido dulu.....
bye.......
Wednesday, January 5, 2011
Petikan dari Malaysiakini
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Dosa besar
“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
Saturday, December 11, 2010
Suatu Ketika........... myLoVE "myVI"

salam.......
Teringat aku kat myvi ni time masa mula2 beli, mmg berkilat lah.... silau kalau tengok.... dulu aku pilih color hitam nie, coz aku rasa hitam ni nampak macho & sesuai lah tuk lelaki yang "macho" cam aku nie? macho ke aku ni? no komen.... huhuhu...... skrg myvi aku dah berubah wajah..... akan ku make up dia bagi cantik... belai dia elok2, kasi makan banyak2, bawak gi Klinik selalu... aku pun rasa myvi ku nie kena bawa gi Klinik, coz dah nampak cam tak sihat sangat dah.... tapi kan Perodua nie mmg cekik darah lah,,, sebab tu lah aku tak hantar kete aku kat perodua. Tapi kali ni aku perlu hantar kete aku kat perodua, aku nak tengok diorg servis. Adakah diorang akan menyelesaikan masalah myvi aku yang dalam kesakitan nie???

myvi aku nie pun sebenarnya ada perasaan jugak, bila myvi aku nie merajuk, mulalah dia buat perangai.... huhuhu, aku ingat time aku terasa nak jual je dia nie..... dah mula jatuh cinta kat swift..... dia cemburu kat aku.... so, nak dijadikan cerita aku terlanggar pembahagi jalan dekat parking kete..... habis rabak, dekat side skirt kete aku......... habis RM 200.00, nak kena simen & cat balik kete aku....
kali kedua pun, perkara yang sama berlaku, aku terasa nak jual je kete aku coz aku teringin nak rasa pakai kete lain plak... akhirnya aku xcident akibat hilang kawalan, mujur lah nasib aku baik, time aku memotong lori, lori tu bawak perlahan dan aku hilang kawalan dan terus terlanggar pembahagi jalan, agak teruk juga kereta aku nie..... upah repair semua dalam RM 2000.00 jugak lah... nie semua angkara lori yang bawak minyak terbalik dan minyak diesel tertumpah di jalan raya...... so ti
me tu plak hujan.... bila laju sket.... jalan licin.... terus lah hilang kawalan......Perkara nie semua, memberi pengajaran kepada aku supaya lebih Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada.... dan sentiasalah menyayangi myVI ku nie seadanya....
K, lah, nie je aku nak citer tentang kisah cinta antara aku dan myVI..... nanti aku akan post pic kete aku yang dah di make up.. bye bye bye.......
wa'salam..
Saturday, December 4, 2010
Malang Tidak Berbau........
aku baru je balik dari workshop nie, memang betul lah malang tidak berbau, aku baru je ditimpa accident setelah melanggar pembahagi jalan. memang saat mencemaskan setelah kereta ku hilang kawalan. Ni semua angkara lori minyak yang terbalik & kesemua minyak tertumpah ke jalan, so bila aku speed, terlanggar lopak air, terus je kete aku hilang kawalan dan disitu bermula lah saat mencemaskan ketika kereta aku berpusing dan terus melanggar pembahagi jalan. Alhamdulillah aku selamat.... aku takder apa lagi nak cakap coz kepala tgh pening nak settle pasal kete nie....
k lah out dulu...... berhati-hati lah di jalan raya.... ingatlah orang yang tersayang,,,,,
Thursday, November 25, 2010
My New Gadjet : Samsung ST500 / TL 220 camera
aku nak citer sket lah pasal gadjet yang aku baru beli nie. aku baru beli kamera kompak digital jenis Samsung, aku nie sebenarnya tak lah berapa minat sangat camera dengan model samsung nie, aku lebih suka Nikon, Panasonic Lumix, Canon,Olympus, sebab memang terbukti lebih berkualiti dari samsung jenama dari korea kalo tak silap aku. Tapi satu yang buat aku terpikat dengan model ST500 nie, mode
l yang aku beli sekarang nie satu-satunya camera dari jenama samsung yang mengeluarkan dual screen. Setakat nie memang takder jenama lain lagi yang telah mengeluarkan dual screen camera macam samsung nie. So dengan camera nie, korang bleh snap gambar korang sendiri tanpa bantuan rakan-rakan kalian. Jadi sekarang tak perlu risau lagi untuk ambil gambar sendiri kerana samsung telah mencipta satu idea baru bagi mencapai matlamat dan kehendak masyarakat kini yang lebih suka snap gambar sendiri. selain itu, kini pelbagai laman sosial muncul di alam maya contohnya facebook, myspace, friendster, twitter dan sebagainya. Jadi ini memudahkan ko orang untuk snap gambar sendiri dan publish di dalam laman sosial sambil menunggu owg duk puji "kehenseman" dan "kecantikkan" korang..... huhuhuhu....... apa lagik eh aku nak citer tentang camera aku nie, oh selain itu, camera aku ni screen nya 3.0" dan touch screen, 12.2mp, 4.6x optical zoom, HD video record dan lain-lain lagi, terlalu panjang tuk diciterkan, so terasa canggih juga lah, harganya sekarang mengikut harga pasaran semasa, ko orang intai2 sendiri lah di kedai2 yang berdekatan. aku malas ah nak citer panjang coz dah rasa ngantuk sangat dah... ko orang tengok lah sendiri spec dia kat web samsung.... huhuhuhu... papai....Wednesday, November 17, 2010
Salam Aidiladha......
Friday, November 5, 2010
MyVi kekal kereta terbaik
Kajian: MyVi kekal kereta terbaik
KUALA LUMPUR 5 Nov 2010. - Kereta MyVi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan paling berkualiti dalam segmen kereta kompak terbaik dalam tempoh empat tahun berturut-turut.
Kajian Kualiti Awal (IQS) Malaysia 2010 itu dijalankan oleh J.D Power Asia Pacific 2010 dalam memberi penilaian terhadap kualiti kenderaan baru dalam tempoh pemilikan dua hingga enam bulan.
Ia mengukur lebih daripada 200 masalah kenderaan yang merangkumi lapan komponen kenderaan iaitu luaran kenderaan, pengalaman pemanduan, ciri-ciri/kawalan/paparan,
audio/hiburan, tempat duduk, HVAC, dalaman kenderaan dan enjin /transmisi. 
Semua masalah dirumus dalam bentuk nombor masalah yang dilaporkan dalam ukuran per 100 kenderaan (PP100). Mata PP100 yang rendah menunjukkan kadar kejadian masalah yang rendah dan berprestasi tinggi.
Hasil tinjauan itu, MyVi berjaya menduduki tangga tertinggi dengan 157 PP100, diikuti Viva (178 PP100) dan Proton Savvy sebanyak 199 PP100.
Dalam segmen kereta saiz sederhana permulaan, Honda City berada di tempat teratas dengan 98 PP100. Diikuti Toyota Vios (104 PP100) dan Proton Saga (157 PP100).
Bagi segmen kereta saiz sederhana, Toyota Corolla Altis berada di kedudukan teratas dengan mata 74 PP100 diikuti Nissan Sylphy (81 PP100). Honda Civic (118 PP100).
Toyota Avanza pula mencatat kedudukan teratas dalam segmen MPV/Van dengan 85 PP100, tempat kedua Nissaan Grand Livina (112 PP100) dan Proton Exora (143 PP100).
Untuk segmen kenderaan pikap, Isuzu D-max menguasai tangga teratas bagi dua tahun berturut-turut dengan 51 PP100, diikuti oleh Toyota Hilux (70 PP100) dan Mitsubishi triton (127 PP100).
Tinjauan itu adalah berdasarkan penilaian daripada 2,642 pemilik kereta baru yang membeli kenderaan antara September 2009 dan Mei 2010, termasuk 47 penumpang kereta, pikap dan utiliti daripada 13 jenama.
sumber : Utusan Malaysia Online
