Thursday, September 30, 2010

KEIKHLASAN & TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum w.r.b,

sekarang ni pukul 1.21am, mata tak ngantuk lagi, tak tau nak watpe, so aku nak citer lah sket pasal KEIKHLASAN nie. Aku tengok dalam dunia nie, susah nak jumpa manusia yang benar-benar ikhlas, kalo mereka menolong orang pun sebab ada kepentingan peribadi. Mereka dah tak tau apa makna keikhlasan yang sebenar. Aku nak cakap pasal KAWAN nie, susah dizaman sekarang nie nak jumpa kawan yang ikhlas, yang ada semua jenis yang suka ambil kesempatan. Tolong diri kita pun mesti ada habuannya. Bila diorang nak sesuatu dari kita manis bila berbicara tapi kita betul-betul di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, macam-macam alasan yang diorang diberikan. Aku nak bagi satu contoh perkara yang pernah aku alami, ada seorang kawan aku nie, dia nak lah tolong kawan dia, kirenya kawan baik dia lah, padahal dia pun bleh tolong, tapi dia x mahu lah nak tolong sebab merugikan dia, so dia mempergunakanlah aku nak menolong kawan dia. Memula aku x kisah lah aku tolong, kali kedua dia mintak tolong aku rasa cam tertipu & macam owg nak ambil kesempatan terhadap aku, so aku tolak untuk menolong dia & lepas tu, kawan dia menuduh aku macam2 yang aku ni kena berubah lah, apa lah, dia cakap x sangka yang aku ni bersikap macam nie. "apa agaknya sikap aku nie" Masa tu aku tak kisah lagi, dia nak cakap apa coz aku nak jaga perasaan dia. Aku plak yang bodoh minta maaf kat dia sebab nak jaga hati dia, tu satu peristiwa mengenai SAHABAT baik lah kononnya.
Tentang KERJA plak, aku nak cakap, kekadang owg nie sanggup berkira dalam melakukan tugasan, aku tak paham lah kenapa?. Diorang takder perasaan ikhlas untuk bekerja ke? Sanggup menipu orang untuk memudahkan diri sendiri, bagi aku itu tak bagus. Kita bekerja telah dibayar gaji, so bekerja lah dengan jujur supaya hasil pendapatan yang kita makan tu berkat. kalo tak berkat hati pun jadi tak bersih, sebab tu ada kes rasuah, pecah amanah, menipu dan sebagainya. So jalankan tanggungjawab dengan sejujurnya.
Pasal CINTA plak, aku malas lah nak komen banyak2 pasal hal nie, sebab aku rasa ko orang pernah merasa hal yang sebegini, pernah tak ko orang dipermainkan. Erm.. kekadang ada juga yang mempergunakan kite dalam hal camnie, bila susah datang terhegeh2 cari kite, tapi bila senang, bukan main kite plak yang dipersalahkan dan ditinggalkan.
Biasalah Manusia ni kan UNIK. UNIK? oh tidak.... sebenarnya setiap manusia boleh berubah yang penting atas hati mereka..... sama ada nak berubah menjadi lebih baik atau tak.... tanyalah pada hati masing2.
aku suka tengok iklan petronas semperna kemerdekaan tu
"KEKUATAN SEBENAR KITA TERLETAK PADA HATI"
jika apa yang kita buat tu IKHLAS dan NIAT yang baik insyaallah kite mungkin berjaya.
k lah semua, aku dah letih menaip nie, renung2kan dan selamat beramal.....

-p-zie-

Saturday, September 25, 2010

BAPA & ABANG LAHANAT : ROGOL DARAH DAGING SENDIRI


ROMPIN: Dua beranak ini layak digelar iblis bertopeng manusia apabila tergamak menjadikan lima ahli keluarga mereka sebagai pemuas nafsu sejak setahun lalu dalam kejadian di sebuah kampung di Pulau Tioman, dekat sini.
Kejadian pertama membabitkan anak perempuan sulung berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, yang dicabul kehormatan oleh bapanya berusia lingkungan 30-an pada 2008.

Tidak cukup dengan perbuatan terkutuk itu, bapa durjana terbabit menjadikan anak keempatnya yang masih bersekolah di tingkatan satu berusia 13 tahun sebagai tempat memuaskan nafsu pada tahun lalu.

Perbuatan keji itu berlarutan apabila bapa bernafsukan haiwan terbabit merogol anak ketiganya, seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun sebelum mangsa seterusnya adalah anak kelima berusia 10 tahun.

Lebih mengejutkan lagi, abang mangsa berusia 17 tahun turut bersengkongkol dengan bapanya apabila merogol dan mencabul adiknya berusia sembilan tahun.

Difahamkan, semua kejadian terbabit berlaku di rumah mereka ketika isteri lelaki durjana itu tiada di rumah. Kejadian rogol itu juga dikatakan turut dilakukan di sebuah chalet di pulau berkenaan.

Kejadian terbabit terbongkar selepas anak perempuan mangsa berusia 15 tahun membuat laporan di Balai Polis Tioman pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu, selepas tidak tahan dengan sikap bapa yang sering bergaduh dengan ibunya.

Selepas mangsa mendedahkan semua kejadian terbabit, polis mendapati lelaki itu bersama anaknya menghilangkan diri.

p/s : tak sangka bapa dengan anak lelakinya berperangai mengalahkan binatang.... huhuhu.... rasanya binatang pun x camni......

Friday, August 27, 2010

Balik Kampung....



salam,

lama dah tak update blog, erm semalam cuti Nuzul quran, hari selasa nie plak cuti merdeka, so aku ambik lah cuti hari isnin nie, jadi lah cuti aku 5 hari, bestnya balik kampung... bleh duk kg lama. kesempatan aku balik kampung nie, bleh lah aku berbuka pose dengan family & beli baju raya. semalam aku kuar jadi cari handphone utk bapak aku coz hdphone bapak aku Nokia N70 dah beberapa kali rosak, so aku survey hdphone nokia yang paling sesuai untuk owg yang agak berumur, nokia C5 adalah model yang sesuai, nipis, ringan dan function yang menarik. plak tu phone nie, keypad dia besar & sesuai lah tu mereka yang jari agak besar serta dilengkapi dengan GPS. ok lah kalo aku nak citer pasal phone nie mmg tak abis, ko owg bacalah sendiri dalam website nokia. k, lah nak gi jejalan dulu... bye bye bye

wa'salam.

Saturday, July 24, 2010

Hari Ahad Yang Mendamaikan.....



assalamualaikum w.r.b...

erm apa ek nak buat di hari ahad nie? mmg lah bosan sangat2... apa ek yang aku nak citer? aku pun takder pape idea apa yg aku nak citer... ok lah........ chow dulu....

Tuesday, June 29, 2010

Ketua Pemuda....

a'kum....

erm skrg nie aku de kat opiz.... time lunch.... bosannya aku mengadap fail2 nie... tak abis2... nak kuar pun tak tau gi mana... baik aku layan fb ke... layan video kat 15malaysia.com best gok.... aku suka tgk short film diorang buat.... ketua pemuda umno pun berlakon sekali jadi driver Taxi.... huhuhu... tapi bagus lah kan, camni lah bleh jadi ketua pemuda, berdamping dengan orang muda, memahami jiwa orang muda, bukan semata-mata berebut pangkat atau jawatan atas kepentingan peribadi... k lah..... pape pun kite layan jer......... -Peace-

15malaysia.com - Meter

Monday, June 14, 2010

My Gadget NoKia 5800xm


Assalamualaikum w.r.b,

Erm waktu skrg kol 07.45pm 13.06.2010, skrg aku nak citer pasal handsetkesayangan aku nie… erm handset aku nie bleh dikatakan model lama lah juga iaitu model “NOKIA 5800xm… tapi ko owg tau tak kenapa aku saya sangat handset aku nie, sebab aku rasa handset nie paling berjasa untuk aku. ko owg tau lah, kalo ko owg gi kursus ke atau ke mana destinasi ko org nak pergi ke, mesti ko owg kena tau jalan kan, ah kat sini lah aku nak cakap berjasanya hdset aku nie, erm hdset aku memiliki GPS, so senang lah keje aku bila kena kursus atau ada tugas2 lain dan yang paling penting menjimatkan masa aku. ah yang paling penting hadset aku nie ada wifi, bila time bosan2 tunggu awek atau member2 kat shopping complex ke, bleh ah layan internet dulu… so x lah rasa frust menonggeng sangat bila tunggu owg yang x suka tepati waktu nie. Lain2 function nya aku nie jenis suka hdset yang skrin besar, nak tgk video clip ke atau nak tgk koleksi gmbar2 awek cun ke baru lah best, Nampak jelas, kalo skrin besar camnie baru rasa best sket… lagi satu hdset nie mmg ringan kalo nak bukak satu2 application tu… mmg tak leh lawan lah kalo nak dibandingkan dengan hdset aku yang dulu yang kerap “HANG” mmg hanpeh betul lah N79, nasib ko dah kena jual…. Erm teringat aku kat N79 aku tu, time2 aku kat highway dalam kesesatan ko buat hal… hang tetiba…. Sape yang tak bengang…. Kalo nak diikutkan aku nak campak jer kat luar…. erm… skrg dah kena jual….. huhuhuhu……. Berbalik kepada nokia5800, aku rasa puas hati sangat lah pakai hdset nie, belum terfikir lagi aku nak tukar hdset lain…. Erm lagi pun, Nokia sentiasa update firmware dengan versi terbaru… ko org tak perlu nak bandingkan dengan “iphone” walaupun tak secanggih iphone, dengan fungsi seperti “wifi, GPS, camera 3.2 megapixels, motion sensor, touch screen, support memory micro sd sehingga 16GB, sound yang gempaq habis dan banyak lagi function lain serta harganya yang berpatutan adalah berbaloi guna hdset nie….. K lah, aku dah tak tau apa lagi aku nak melalut ni…. Teringin nak makan burger ayam double special ah plak….. huhuhu…. K lah chow dulu….. adios……….. wa’salam………………….

Tuesday, June 1, 2010

Kerja.... Kerja.... Kerja.... mmg x pernah habis.....

Aku baru balik dari buat keje luar nie... penat giler rasa... balik office banyak benda nak kena buat, tnt"tuntutan elaun perjalanan" x buat lagik.... buku daftar tak kemaskini lagi, fail kes plak banyak yang tak settle..... yang gambar2 program pun tak siap lagik..... tolong!!!!!! semua nak cepat... apa lah aku nak buat skrg nie... hidup mmg tension... bila dah terlalu banyak keje.... dah tak tau nak wat yang mana satu.... so.... sebab tu lah aku sempat lagik duk tulis dalam blog nie.... tapi kalo takder keje susah jugak kan.... tapi walaupun keje aku x seberapa.. aku dah bertuah dah dapat keje. aku tak pernah sangka yang aku akan dapat keje nie coz, aku mmg tak layak... ramai lagik yang laya dari aku nie.... pape pun, rezeki tuhan dah nak bagi kat aku... kalo diingatkan, ramai lagi yang duk menganggur kat luar sana, yang duk cari keje.... k lah kengkawan semua, walaupun ko owg tersesat masuk blog aku... aku nak sambung buat keje dulu..... bye... bye.... bye.....